The YCM's team

The YCM's team

Monday, June 28, 2010

Tempahan Fazli, Dewan Sri Jugra, Banting.





tempahan fazli untuk bekas gurunya yang baru naik pelamin ahad lepas di tempat aku pernah bermadu kasih (kata fazli), kat stadium jugralah, mana lagi... hehe. kali ni fazli sponsor sendiri kek kawen ni, cuma saiznya tak macam pakej perkahwinan yang selalu dia tempah. kecikkkk sket! ha, tulah sape suh bajet2, kan dah dapat yang comel jer... ;)

Tempahan Hidayah, Telok Panglima Garang.





K.dayah ni rupa2nya kakak kepada teman lama aku masa sekolah menengah dulu, sarah.. walaupun aku tak sama sekolah dengan sarah tapi kami pernah gi tuition sama2 dan kebetulan pulak k.dayah memang kenal ngan kakak aku. ish, pusing2 kat situ gak, cuma masa je tak pernah menemukan kita walaupun duduk dalam satu tempat nih... :) k.dayah jumpa aku pun melalui blog kawan atas kawan.. klik sana klik sini, last2 terjumpa blog aku ni ha.. patutlah masa dia datang bengkel nak bayar deposit dulu aku macam pernah nampak aje muka k.dayah ni... k.dayah telah menempah kek ni untuk pakej kateringnya kat tanjong sepat, banting. pagi2 lagi aku dah antokan kek ni kat rumah kateringnya kat pekan telok panglima garang. walaupun nampak agak kelam kabut, tapi dia menyambut aku dengan wajah cerianya dan semestinya dia paling suka tengok kek yang aku buat nih... lucunya, dia excited sangat macam dia pulak yang nak kawen katanya.. ;) tak lama lagi la tu! aminnnn.....
tq so much ye k.dayah
nanti2 kalo ada yang nak mengorder pakej kawen tu order la kek ngan kite lagi ye
nget..nget...
ohw ye! time sarah ke.. time diri sendiri nanti ker
wink! wink!

Tempahan Nurul Hamra, Jalan Aman, Kg.Sijangkang.



kek yang ini untuk hantaran membalas dulang kepada pihak lelaki. hamra minta dibuatkan kek empat segi, base putih dan bunga peach pekat.


keorenan terserlah... suasana yang sungguh ceria pada majlis hamra.



extra hati untuk raja sehari
Selamat Pengantin Baru Nurul Hamra & Mohd Hazrin.
thx so much k.aniza (ibu hamra) kerana telah menempah kek perkahwinan hamra ini sebulan awal beserta deposit. thx again sebab memilih Yang Cantikmanis sebagai wedding cake maker walaupun dari ceritanya dia telah TERpergi ke kedai yang lagi satu yang kat pekan tu kerana menyangkakan aku telah membuka kedai tersebut. huhu..... insya allah, 1 find day.. tapi rasanya lebih selesa home biz gini. more freedom ;)

Tempahan Cikgu Suhaila, Taman Pahlawan.

pink + blue ballons...


cikgu suhaila telah mintak edible cake ini dibuat awal dari tarikh tempahan kerana majlis sambutan harijadi budak2 kat taska yang lahir pada bulan jun dibuat pada jumaat lepas. aku yang sememangnya dah ready awal2 dengan edible mickey mouse ni tak banyak masalah sangat, cuma perlukan masa2 kecemasan untuk siapkan semua order on time. syukur, kek ni paling senang nak deco dan tak banyak ragam. buat2, semuanya jadi. aku diminta hantar terus ke taska planet pintar, ala2 suprise delivery untuk birtday boy yang comey+encem....
happy birthday alif hamsyar
semoga menjadi anak yang soleh dan pintar! :)

Tempahan K.Fairoze, Telok Panglima Garang.






i like k.fairoze... orangnya ceria+ happening! :) memang suke betul aku kat akak nih. aku kenal suaminya abang fauzan sejak aku sekolah menengah dulu. selalu beli barang2 dapur kat kedai mak. dah lama tak jumpa since last nampak dorang ni time wedding aku kat Stadium Jugra dulu. huhu.. punye la lama, dekat setahun. well, k.fairoze dan abang fauzan datang ke bengkel aku untuk menempah kek sempena majlis pertunangan cousin dorang. Tempahan pertama adalah set cup cake yang akhirnya ditukarkan kepada choc.moist cake disebabkan ada cupcake lain untuk hantaran si cousin tu nanti. Setelah setuju dengan harga kek dan tambahan untuk transparent box, akhirnya proceed dengan kek berwarna peach ni. k.fairoze siap pesan awal2 tak mahu kaler yang terang2... hehe.... suke dengar suaranya kata keknya cantik, kira aku telah berjaya menepati citarasanya.. thx so much ye kak.. nanti kalo nak order lagi jangan segan silu, sila mampir lagi ke Yang Cantikmanis@ jalan orkid...

Tempahan Sekolah Kebangsaan Sijangkang (SKS)

gambo yang di ambik dari FB : SKS
selamat hari lahir & selamat bersara Pn. Hjh. Asni Mohamed


Aku sebenarnya memang ada kenangan dengan cikgu asni masa kat sekolah kebangsaan kampung Medan dulu masa aku darjah 5, 6 gitulah.. teringat lagi masa tu cikgu tengah dalam keadaan sorrow sebab kehilangan anak lelakinya yang tua setahun dari aku akibat kemalangan jalan raya... kesian cikgu asni, 'sakit' dengan ujian Allah itu tak tertanggung hinggakan dia meluahkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak itu denganku. apalah yang aku faham tentang kehidupan saat itu, tentang kehilangan orang yang kita sayang, pergi untuk menghadap Allah untuk selama2nya... :'( ermm...

well, skang ni cikgu asni telah pun bersara dan berehat2 dirumah dan aku pasti saat ini cikgu asni sedang bercakap2 dengan pokok bunganya bagi mengisi masa lapang. :) alhamdullilah, cikgu asni telah menamatkan karier perguruannya, bersempena itu Sekolah Kebnagsaan Sijangkang telah meraikan beliau dengan sambutan besar2an pada jumaat lepas. Untuk majlis tersebut, Cikgu Suhaila telah menempah kek special mengikut warna kegemaran cikgu asni iaitu coklat, kuning dan oren. kebetulan tarikh lahir dan tarikh bersara cikgu asni jatuh pada hari yang sama. wutta nice!!

Tempahan Awin, Jalan Bahagia, Kg.Sijangkang.




Another cupcake buatan minggu lepas yang ditempah oleh awin (hubby's cousin) yang dok selorong dengan rumah kami. Awin order few weaks before time pick up. cupcake ni nak dibawa ke majlis bertindik untuk anak2 bosnya yang berbangsa india, so awin mintak buatkan tema boy and girls' celebration. warna nak terang2 gitu... hehe i like... sebab dari jauh dah nampak cupcake ni, and am hundred percent sure, sape2 yang tengok cupcake ni pastinya melting sebab comel+adorable sangat2. so masa nak fikir buat tema ni, taklah susah sangat, just to be a little girl back, sitting n thinking what i like most during my childhood.. huhu... poyo je kan... takdelah, ada gak buat research sikit2. nak harapkan idea datang, otak dah jammed ingatkan ada 3 set wedding cake blom deco lagi. hayak!!
so! thx so much to awin for your ordering! ;)

Tempahan Nur Ain, Bt 7, Sijangkang.




Pada mulanya Ain nak order lolly fancy cookies tapi disebabkan tempahan last minutenya tak mampuku penuhi kerana jadual ketat untuk menyiapkan kek kawen, so aku suggest dia ambik set cupcake ini... Alhamdullilah Ain tak banyak kerenah lalu menempahnya dengan 3 warna pilihannya iaitu merah, kuning dan biru dengan sedikit wording untuk dibawa ke jamuan sekolah keesokkan harinya. Terima kasih banyak2 ye Ain.. harapnya suke dengan kek buatan k.jue ni.. :) kesian dia sampai tersesat2 nak datang ke mari.

Monday, June 21, 2010

Perkahwinan Shah & Adilla



Shah, antara classmate masa kat UiTM shah alam dulu dan masih berhubung hingga sekarang, mintak sponsor 'magic cake' yang katanya tengah in sekarang ni kat singapore tapi aku taktau le camne rupa kek tu jadi dari takde aku buatkan cupcake comel ni utk dia, siap ada pengantin lagi tu. tak dapat sponsor yang besar, yang kecik pon jadi lah kan. moga pengantin ni enjoy eating cupcake nih. Shah & Adilla yang melangsungkan perkahwinan di putrajaya ahad lepas. lama tak ke putrajaya, sampai sesat2 aku dibuatnya. aku ditemani oleh atin (sepupu hubby) dan bazli (adik ipar), panik gak carik jalan keluar untuk ke alamanda, nasib baiklah ada bro yang baik hati bantu kitorang sampai ke dewan yang dicari. phew!!

Selamat pengantin baru Shah & Adilla
semoga bahagia hingga ke akhirnya.

Tempahan Zana & Anna, Jenjarom







Cupcake tema biru putih ini ditempah oleh Zana dan Anna untuk majlis pertunangan sepupu mereka yang berlangsung ahad lepas. Box hantaran telah disediakan sekali oleh Anna dan aku berkenan betul dengan design dan bahan2 yang digunakan. semestinya cupcake yang cantik perlu diisi dalam bekas yang cantik jugeee... ;) hihi
Selamat bertunang nana & mali.

Tempahan Fazli, Banting

train comel
muka thomas yang ku kira hampir sama dengan yang original.. huhu


rasanya macam banyak kali jugak nak confirmkan tempahan kek thomas ni, macam2 cadangan aku berikan sebelum aku mulakan pembikinan kek ni. dari edible hingga drawing, akhirnya aku + fazli sepakat untuk proceed 3D. yang pentingnya kepala train 'budak' thomas ni ada ghupernya. persediaan untuk buat kek ni aku buat dalam seminggu, awal2 lagi aku kene carik kotak dan board yang sesuai. yang sesuai ada tapi tinggi pulak, yang rendah ada tapi lebar la pulak.. isk..isk... nasib baik Zam @ bagus bukit tinggi really helpful. dia pon pening tengok aku pilih punya pilih tapi tak pilih2 lagi. last sekali aku amek jugak yang kotak rendah tapi lebar tu. so masa nak susun kek atasnya tu banyak space, so dengan kaji selidik sket, aku decided nak buat rail keretapi kat tepi2 kek tu. So, i made another swiss roll perisa strawberry untuk buat body keretapi, konon2 kepala thomas cuma aku panjangkan sikit untuk bagi extra kek kat keluarga fazli. kira yang train comel tu extra untuk dorang sebab fazli regular customer aku since dulu hingga sekarang. masa aku hantarkan kek ni kat rumah abangnya Fazli (masih 1 taman, cuma lain lokasi) fazli teruja melihat kek thomas ni. dari situ aku tau dia puas hati dengan decoration yang aku buat. wahh...bangganya mak! ;)
tq fazli diatas ordernya ni. pastinya b'day boy n frenz suka nak 'baham' kek ni...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails