The YCM's team

The YCM's team

Tuesday, October 26, 2010

Tempahan K.Leli, Bandar Puteri, Klang




Pada mulanya k.leli hanya sms aje utk bertanyakan harga tapi selang beberapa hari, k.leli terus datang berjumpa aku kat esso bt 8 untuk serahkan edible ben 10 yang telah siap ditempah khas bersama full payment. sng betul berurusan dgn k.leli. selain ediblenya dah siap, beserta advance payment segalanya menjadi mudah sbb dia tak cerewet orangnya. i like!! :) hehe... so, utk delivery aku di minta hantar ke banda puteri tp disebabkan tak jumpa jalan yang sepatutnya aku masuk, k.leli mintak aku tunggu kat area seven eleven. huhu..... untuk kek aidil ni, aku buatkan vanilla + pandan flavor di lapiskan dengan blueberry filling. trimas k.leli...
happy b'day aidil! :)

Tempahan Din, Port Klang



Din, d charming husband yang menempah cupcake untuk isterinya, ekin sempena b'day yang ke 26. surprise delivery telah dibuat sehari awal di tempat kerja ekin. pasangan suami isteri ni dulunya pernah order cupcake utk b'day anak diorang, Mia. Untuk order kali ini Din request decorationnya. hopefully dorang suke la hasilnya. tq din! :)
purple roses 4 pcs
pink roses 4 pcs
wording 4 pcs
butterfly 2 pcs
love 2 pcs

happy b'day mommy Ekin! :)

Friday, October 22, 2010

Tempahan Reen, Kg. Medan

mintak reen attach gambo pslnya tak sempat amek gambo kek ni aritu.. camne aku leh terlupa ngan kek punya canteq camnih!... isk!

Tempahan Lia, Banting


Lia yang comel ni telah menempah creme puff sebanyak 50pcs untuk dimakan bersama keluarga di rumah kakaknya di bandar puteri. lia n mom pick up tempahan kat esso bt.8 sijangkang.
thx lia!

Thursday, October 21, 2010

Tempahan Ryn, Sijangkang.


Kesian Ryn! rupanya pagi hari dia nak pick up cake tu aku taktau dia dah sampai depan umah nak amek order dia ni. berkali2 tekan loceng katanya, tapi sebab rumah ni panjang ke belakang, aku tak dengo la pulak. hp pulak kat rumah atas. so, siang tu ryn balik dengan hampa dan sempat msg aku mengatakan dia akan amek cupcakenya sebelah malam. Sori banyak2 la ye, my bad... jangan serik tau.k.ju ingat ryn mmg nak amek pada waktu yg kita dah deal, ghupenya terdatang awal pulak aritu. hopefully u guyz enjoy ur cupcake!


happy b'day 2 syahir n happy anniversary 4 both of u..


very sweet couple. :)


k.ju doakan cepat2 naik pelamin ya.....

Monday, October 4, 2010

Tempahan Ayuni, Taman Villa Perdana

snap yang ini nampak cam menarik sebab ada background pelamin... :)
kek ni nampak macam suntut je.. tp sebenarnya its quit heavy. on note 2kg, tapi got extra kgs... siap beli pisau baru untuk ayuni...
1st tier

2nd tier
very nice red color.. i like very2 much!
rasa cam aman je tgk pelamin nih... i like d combination of colors
wajah pengantin yang ceria.. macam puteri salji.. ayuni yang cantik sekali!
k.jue pon tanak ketinggalan nak bergambo ngan pengantin.. siap tunggu dalam sengah jam kat ruang tamu gara2 nak tunggu ayuni bersiap. pelik gak aritu, boleh lak nak menunggu pengantin bersiap sedangkan ada tempahan lain kene sambung pas tu... ayuni punya pasal, k.jue tunggu jugaklah! thx to my hubby's cousin, fatin yg sudi temankan k.jue anto kek n attend kenduri ayuni. sanggup lagi temankan k.jue di 'ruang menunggu'. huhu...

..................................
Pilihan ayuni tetap Choc. Moist Cake pd hari bersanding. masa buat tempahan, dia dah cakap awal2 takmau kek sponge, dia nak kek sedap, tanak biasa2 katanya.. sama seperti hantaran, kek yang ditempah sumer dr jenis yang sama.. so i assumed : she's chocoholic! huhu.... well i guess, i made and done ur cake perfectly! same goes 2 her wedding cake, warna bunga rose yang diminta merah dan putih. kebetulan merah yang aku blend tu naik cantik pulak warnanya... aku puas ati dengan buatan aku kali ini... untuk kesemua tempahan ayuni, aku sendiri telah capai target aku dgn skala 10 puas ati aku, aku bg 9.9... haha...
tahniah buat ayuni & aszuat.
nampak sepadan sebab keirasan wajah yg ada.
like chinese one lah! ;)

Tempahan K.Zarina, Bandar Bukit Tinggi


kali ni k.zarina order 60pcs creamy corn custard cream puff untuk di bawak ke opis. dia amek sendiri di bengkel aku. nasib baik aku dapat siapkan on time hari dia nak pick up tu pasalnya, aku ingat nak buat fresh memandangkan cream puff ni tak tahan lama... ikut rancangan asal memang nak amek dah dkt2 maghrib atau malam, tapi hari tu, husband k.zarina nak bawak kereta ke rawang, so dia mintak siapkan awal supaya senang dia nak amek nnt. fuhh.. cam lipas kudung la makcik buat keje. nasib baik adunan perfectly superb, kalo dibuatnya meragam hari tu, menangis la aku jawabnya... petang tu dlm waktu yang dijanjikan, k.zarina datang sambil ditemani oleh husband dan anaknya.
tq k.zarina.. hopefully u guyz enjoy d creamy cream puff...

Tempahan K.Ida Saidi, Kg. Sijangkang.



my hubby's cousin k.ida menempah kek ni malam sehari sebelum aku nak datang umah dia nak collect duit roti aku. ni 1st time gak lah gi umah dia w'pun kitorang duduk sekampung. biasanya dia yang datang umah kitorang anto duit roti ataupun kitorang akan jumpa dia kat bengkel bahulunya kat umah ayahnya, pak long basirin. suaminya abang saidi dulu cameraman time kitorang kawen. loaded la amek ngans edara ni, byk dapat extra snap... huhu....
k.ida order kek sebenarnya saje2 nak buat makan anak beranak kat umah di hujung minggu. tu pon atas permintaan anak bongsunya. nak best lagi aku letak almond slice kat tepi kek. saje bg extra. mesti licin!
thx k.ida for 1st timing order nih.... ;)

Saturday, October 2, 2010

Tempahan Ayuni, Taman Perdana





Si manis ayuni telah menempah 2 set choc.moist cake dengan grated choc diatasnya untuk hantaran perkahwinan kedua2 belah pihak. request tambahan deco strawberry diatasnya. penemuan terbaik ialah kotak kek yang bertansparent diatasnya. aku memang cukup puas ati buat kek2 ni, dr segi kualiti kerja, mmg terbaekkk.. huhu.. kek2 di pick up oleh adik2nya sendiri yang terpaksa 2 kali amek kat umah sebab dorang naik motor. kesiannya! :)

Tempahan Bee, Port Klang.

cupcake + cheese tart
cuppies utk the boss : aaron yang bertemakan IT gadgets...


alkisahnya arini mmg tah apa yang aku pikirkan gaknyer pagi tadi. elok aku sampai bayu perdana tadi, aku teringat yang aku dah tertinggalkan cheese tart bee kat dalam peti ais. tapi aku teruskan gak perjalanan ke opis bee utk buat delivery kek, sebab bee request cupcake nk kena ada sblm pukul 10 pg. sampai sana, bee nak jugak cheese tart tu psl dah janji ngan kwn yg buat open house yg dorang nk attend pas lek keje. waduhh.. aku kene balik umah jugak nih. so aku deal balik ngan bee mengatakan yg aku akan antokan jugak cheese tart tu pukul 12.30. on d way nak balik tu aku singgah tesco nak beli sayur yg mak aku pesan. nak dijadikan cerita tak bestnya tu, telur yg aku beli terlepas dr tangan masa nak masukkan brg2 dlm keta. pecah sumer, mmg tak kesian langsung kat aku, sebijik pon takde yang selamat. lagi terkena kasut mahal aku nih.. adeh. kunun2 dah terbuat messy tu, nk panggil cleaner kat dlm tesco, tapi soang pon tak nampak batang idung. elok aku nak blah aje, keta pulak takleh start.. grr..grr... apa lagi sih? cam nak pitam dibuatnya. godek punya godek, last2 idop gak. terornye aku.. pomen terjun! last balik umah aku sempat makan pecal dan mengadu pape yang patut kat bapak mertua aku. pas amek cheese tart aku teruskan perjalanan ke klang dan jumpa bee semula. cheh! smpt gak citer kat bee ngan mary sekali. huhu... itulah kisahnya hari ku yg sgt2 memenatkan.

Tempahan Fazli, Banting.




Fazli, my regular catering's fren telah menempah kek kawen bertemakan purple pink majlis cousin yang berlangsung kat gombak. tah nape masa buat kek ni, adunan 3x buat sumer tak menjadi. so, jadual sudah lari sikit la.. aku punya aktiviti jadi messy sket, lps aku balik dr open house aku terus masuk bengkel, deco kek dgn aksi kudung sbb nk kejo masa nak anto ke umah faxli malam tu gak. finally, siap jugak kek ni dengan jayanya, tepat jam 11 malam terus zoom gi umah fazli kat banting. hubby drive sebab aku dah exhausted sgt2. fuh!

Tempahan Nani, Taman Sri Medan





Nani, classmate masa kat sekolah dulu, jumpa balik kat FB telah menempah cuppies hantaran untuk adiknya yani, yang berlangsung tengah hari tadi. aku jumpa nani dan suaminya kat esso bt.8 sebab dah janji nak jumpa kat situ, since aku pon ada delivery ke klang pagi tadi. lama tul tak jumpa dia.. still slim macam dulu. nani nakkan ordernya tu sama macam cuppies hantaran yg aku penah buat dulu, tempahan syirin berwarna silver. maybe utk yani aku terbuatkan kaler yg agak gelap sikit sebab gunakan pewarna jenis lain. tapi susunan sebijik macam order lepas. nani jugak mintak aku buatkan hiasan untuk kotak hantaran dengan bajet yg dia berikan. thx nani. lepas ni aku harap ada order lain dr ko yer... ;) wink! wink!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails