The YCM's team

The YCM's team

Sunday, November 29, 2009

Tempahan Jaswin & Anusya

When J meet Js
(pronouns : when jay meet jays)

hye, salam...
Minggu ni ada 2 set kek kawen 3 tingkat yang aku kene siapkan dan anto pada hari yang sama. actually, minggu ni aku rasa cambest pasal aku buat kek kawen kwn2 masa belajar dulu. kebetulan pulak, kwn2 aku ni pon nama start ngan 'J' la jugak macam aku. kek2 ni ditempah Jaswin dan Julie. ok, aku citer psl jaswin dulu ye. Jaswin ni suke panggil aku 'datin' kalo borak kat phone. kitorang keep in touch balik masa dia carik aku 2 thn lps utk buat kek tunang dia. Memang la aku terkejut sakan bila dia cakap dia bertunang dgn classmate kitorang masa form 2 dulu (sbb anusya naik kelas). aku tanyalah, bila masa koang bercinta? sbb aku teringat lagi anusya kalo aku n kwn2 lain usik dia ngan jaswin mesti dia tak suka. ala, biasalah tu, pura2 marah, tapi dlm hati sukenya dia! :p kitoang tau, koang dah 'kuch kuch hota hai' pon masa tu. bila aku borak ngan anusya lak (nk korek rahsia sbnrnya..) lps apm doang sekali pon tak pnh contact each other, sampailah lps beberapa thn tu, terjumpa balik n doang start dating. time tu aku hanya terpikir, 'camnelah rasanya b'cinta dgn kwn sendiri ek? cam kelakar jer..' dan jwpn tu Allah bg bila aku bercinta dgn laki aku ni.. hehe.. my classmate masa form 4-5. :p erm, bole ker?
Perkahwinan Jaswin dan Anusya ni diraikan di sebuah dewan di Taman Botanic. Aku dan adik2 ipar aku, dewi dan ena dtg awal dari waktu yang dirancang sebab taknak mengganggu resepsi doang nanti. time kitorang sampai tu dah 6.45 p.m, hujan baru je reda kebizian padahal masa dah kian suntuk. Jaswin membuat tempahan ini dengan mengikut warna kesukaan anusya, pink n purple. Sorilah, tak dapat nak tunggu korang datang, pasal dah pon maghrib. papepon, tahniah buat Jaswin dan Anusya, walaupon mengambil masa untuk disatukan, aku doakan kalian bahagia hingga ke hari tua. make me an aunty soon!! :)


bahagian tengah

bahagian atas
bahagian bawah
-a garden of roses-

Tempahan Julie, Kapar, Klang.

Tempahan kek ini dibuat oleh Julie, teman baikku yang merupakan classmate masa kat UiTM dulu. Julie membuat tempahan beberapa bulan awal beserta bayaran penuh. Semalam, masa aku n hubby drop kek ni kat umah pengantin, hujan turun dengan lebatnya tapi kitorang redah jer sebab on the way dah nak sampai ke sana, Julie call tanyakan keknya yang tak sampai2 lagi.
aku punyalah cuak, sebab dgn hujan yang turun tu camne aku nak bawak trn kek2 ni semua, tambahan lagi nak carik parking dhn keadaan yang agak sesak, di blocked pulak dengan bas UiTM dr Dungun. Adeh...
3-tiers Choc. Moist Cake yang menjadi pilihan Julie pada hari perkahwinannya.
bahagian atas

bahagian tengah

bahagian bawah. bunga sisi.

bunga peach dan cream yang menjadi pilihan Julie
Selamat Pengantin Baru buat Julie & pasangannya...
Moga bahagia hingga ke anak cucu....
Congrats Julie!
apesal aku nampak BESAR jer dlm gambo nih?
errrr...baru aku perasan baju julie sebijik cam baju sanding aku kat umah jangkang dulu.. hihi

Desert

Puding Lapis Kek
Puding istimewa terdapat 3 layer.
bahagian bawahnya swiss roll pandan / coklat, di tengahnya terdapat lapisan custard yang lembut dengan bahagian atasnya lapisan jelly yang kenyal.
Inilah hasil air tanganku.


Sagu Bersantan
Sagu ini dihidang bersama santan yang lemak2 manis. dihiasi dengan hirisan cincau.


kedua2 desert ini di tempah oleh guru2 SRA Sijangkang sempena majlis sekolah akhir tahun.
Siapa sangka desert ini hanya dihasilkan di kantin sekolah aje.. cantik bukan main! Ustazah2 cuma cakap nak makan apa je, semua kami boleh sediakan. Dari harga yang biasa hingga ke harga yang luar biasa, semuanya boleh! :)
Untuk tempahan sila hubungi Pn. Sabariah yer...

Tempahan Yaya, Politeknik Banting.





Kek blueberry ini ditempah oleh opismate my sistah untuk majlis harijadi ramai2 satu family pada sabtu lepas. Tempahan dibuat 3 hari awal beserta bayaran.

TQ so much Yaya.

Happy birthday 2 Yaya & Family

Semoga panjang umur dan murah rezekinya...

Monday, November 23, 2009

Tempahan Nazrah Liyana, Dewan Wawasan, Kg.Medan.

bahagian bawah
bahagian atas




Selamat pengantin baru buat Nazrah Liyana & pasangannya yang berlangsung pada hari ahad lepas. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. 1st time gi kenduri yang pengantinnya tak pakai warna tema. Dewan serba serbi warna merah termasuk pakaian ahli keluarga tapi pengantin mengenakan pakaian bewarna silver. menarik jugak yer! =)

Saturday, November 21, 2009

Melepaskan G.e.R.a.M

Tau tak nape aku jadi camni??
Ni sebenarnya tgh geram + merengek kepenatan = cam nak nangis.
time ni badan mmg dah penat giler, kaki lenguh jangan cakap laa....
pastu bila gi kedai ingridients, barang dicarik kehabisan stok.
bengang.....nya!
ni lah jadinya bila hujung minggu banyak job masuk... barang dicarik takde la pulak.... grrrr
tengah tgk list barang yg kene beli. banyak.....bukannya sikit2......

Sunday, November 8, 2009

Diana

Nana...
hampir seusia dengan usia hidupku bersama dengan suamiku,
Ahmad Bohairi b. Mohd Najmuddin
Budak kat atas ni sepupu aku paling kecik dalam keluarga Hj. Sidek Redzwan + Hjh. Sahara Sirat yang lahir seminggu (agaknya kot, tak igt tarikh) selepas tarikh aku bertunang dengan suamiku dulu pada 3 May 2008. Dia wujud dalam family kami bersamaan dengan sepanjang aku mengikat kisah cinta aku dengan suamiku hingga ke saat ini, bermakna hampir 1 tahun 5 bulan. aku citer pasal budak ni sebab semalam masa gi kenduri Khirman, budak ni ikut sekali gi kenduri, makcik aku (cikjah) join aku n sistah g kenduri kawen. Bila terpandang budak kecik ni, aku tersenyum sendiri sebab, jarang sekali aku melihat dia membesar depan mata. Sejak aku berpindah ke rumah mertua, aku dah jarang sangat meluangkan masa di rumah nenek+atok untuk melayan my fav sepupu kecik aku nih. :(
i'm sorry my little darlings.....
(khas buat sepupu2 kecikku : AISH+nana)
Aish...(abang nana) Si budak comot yang nakal dan b'mulut becok. terharu aku dibuatnya bila budak sekecil 6 thn itu menzahirkan kata2 rindunya kat aku menerusi panggilan telefon. ni pon gara2 cikjah nak sampaikan tempahan kek khirman aritu. Si Aish ni menangis2 nak cakap ngan aku, tapi dihalang oleh maknya dengan mengatakan aku ni tak berapa sihat, tak boleh layan borak ngan dia. Dipujuk2 utk borak ngan tatak aku tapi dia taknak. akhirnya maknya mengalah dan call aku semula. bila borak ngan si aish ni macam aku tgh cakap ngan abang2 dia, langsung tak pelat. lancar betul percakapannya hinggakan aku rasa masa yang berlalu aku tak perasan. dalam tempoh aku mempunyai keluarga baru ini, ada saat2 yang aku telah tinggalkan tanpa aku sedari.. betapa adik2 aku ni sangat2 menghargai aku dan tak sedar yang mereka telah menginjak ke fasa yang di panggil 'pembesaran'.....

Saturday, November 7, 2009

Makan2 @ umah...




teringin sangat nak makan kek punya pasal... sakit2 pon aku buat gak kek untuk di buat makan sekeluarga. kek coklat blueberry bersama kacang. ala2 utk 'get well soon' kat diri sendiri. tukang jamah pon memang ramai kat umah. sekejap jer dah habis.


tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

Tempahan Khirman Paiman, Kg. Seri Cheeding, Banting.


kek kawen ni ditempah oleh pengantin sendiri menerusi makcik aku pada selasa lepas. khirman inginkan kek pandan dengan base putih dan bunga coklat. kek 3 tingkat ni berjaya aku siapkan dengan tempahan b'day kek adik naimah dan ian. walaupun tak pernah jumpa orangnya ni, aku rasa dia ni lucu orgnya, sempat buat lawak dlm msg antara dia dan aku masa nak kompemkan kek dia ni. yelah pakcik aku namanya khir, yang dia ni khirman.. dia kata jangan tertukar org lak. Tema perkahwinan yang dipilih adalah warna biru, coklat dan putih.. aku belum penah tengok lagi kombinasi kaler nih. anyhow, minggu ni memang minggu mencabar aku, selain baru keluar wad, badan pon baru nak pulih, rezeki datang tiba2.
alhamdullilah. thx utk sumer customer.
i luv u all!! :)
kek bawah sekali
kek tengah

kek atas

selamat pengantin baru buat khirman & pasangannya...
semoga kekal hingga ke anak cucu cicit piut.... ;)

Tempahan Lea, Pelangi Height




Sebenarnya dah lama tak buat kek yang ada edible image kat atasnya ni. tempahan ni pada mulanya lea ada 4ward 1 gambo kek b'day fondant siap toys lagi kat atasnya. Tempahan dibuat oleh lea yang inginkan kek oren dengan base putih dan skirting hijau warna ben10. so untuk tip jimat, aku suggest dia beli toys sendiri n deco kat atas kek tu, but lastly bila aku gi kedai ingridients, ada 1 edible ben10 yang besar n bole cover permukaan kek, so lea takyah beli toys ben10. dah jimat masa.... time deliver kek ni, kitoang jumpa kat belakang jusco bukit tinggi sebelah eneos. malam tu, lea dtg ngan anak2 dia si nana n ian. aiiii... dah beso budak2 tuh, rindu gak ngan doang..lama sgt aunty jue tak jumpa nana n ian kan? nasib bek doang kenal lagi muka aunty doang yg 'kuit' nih.. hiks! :) lea sempat gak pelawa aku dtg ke b'day party anak dia tapi sori aku tak dpt dtg psl esoknya aku kene deliver kek kawen.

kek asal sebelum final touch-up
sisi tepi dengan bintang2 harapan buat ian

happy birthday 2 my boy Ian
now 3rd on d move
b a gud boy
b a heathy boy!
b a such a wonderful boy!

Tempahan Imah , Kebun Bharu, Telok Panglima Garang.

tempahan ini dibuat oleh suami imah (customer mak aku) untuk sambutan harijadi anak mereka yang menginjak ke 4 tahun. toys ni atas permintaan ayah si kecil yang inginkan mickey mouse pada mulanya, tetapi sesampai jer kat kedai ingredients, toys sumer out of stock. nasib baik aku terjumpa 1 benda lain yang boleh dibuat ganti. yang aku rasa macam agak2 comey untuk si kecil naimah ni. sesampai kat umah, aku punya happy terus deco kek b'day ni dengan warna soft pink. hasilnya... mengagumkan aku. simple tapi menarik! toys ni boleh dimakan. diperbuat daripada aising.
sisi depan... dihiasi dengan deco ceri merah.

sisi atas... istimewa buat adik Naimah Nasuha.

Happy b'day gal!
4 years now
semoga menjadi anak yang solehah dan membesar sebagai anak yang pintar dan berilmu.




Kuih-Muih 2

hye~!


berikut adalah sambungan kuih-muih yang ada kat kantin sekolah mak mertua aku.. puding jagung
agar2 cermin

agar2 cincau
buah melaka
kuih bom (jemput2 pisang)

potato wedges

roti gulung sosej bersambal

karipap

tahu sumbat
pulut inti

lepat ubi


I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails