The YCM's team

The YCM's team

Thursday, July 29, 2010

Tempahan C.Umi, Taman Sri Andalas, Klang.






Gambo yang c.umi sent melalui MMS


tempahan teman sepejabat c.umi untuk sambutan hari lahir esok kat opis. kek perisa lemon 1 1/2kg dengan dekorasi bunga tema putih dan kuning. hope u guy enjoy eating this cake tomorow ya.

Saturday, July 24, 2010

Tempahan Iza, Jugra





haha.. actually ni tempahan teman iza untuk sambutan b'day anaknya yang ke 2 tahun petang tadi. setelah deal harga, dia bank in payment terus ke akaun aku. thx so much ya mama adam. keknya aku hantar sendiri ke Mc Donald Banting dan pick up oleh iza. rupa2nya adam ni anak jagaan iza. patutlah iza yang tolong amekkan kek ni tadi, secara tak langsung merangkap ajk majlis jugak la ye...? ;)

good..good.... aunty iza memang baik ati.

Tempahan Iza, Jugra.

attachment : bentuk2 yg iza inginkan.

Cupcake tempahan Iza, siap send attachment lagi... attachement yang di bagi tu sumer hasil karya aku.. aii rajin pulak dia study cupcake2 tu.. hehe.. anyhow aku buatkan yang hampir serupa dan ada pertambahan lain seperti yang diminta.

thx so much ye iza...
baru tau, betapa perhatinnya iza pd hasil kerja k.ju.
muagh!!

Tempahan Zari, Taman Desawira.

tempahan choc.moist cake adik lelakiku, azahari untuk menziarahi keluarga angkatnya. tempahan dibuat 2 minggu awal dan confirmation dibuat few days before. nak bentuk 4 segi katanya dan sempat mintak diskaun. sori la, akak tak bagi diskaun, akak selalu bagi lebih jer... hehe jangan mareee... ;)

End product: kasi lawa sket, letak ler bunga purple.


asalnya tanak letak pape kat atas ni, tapi nampak cam kek ni so serius je. so untuk menambah baikkan rupa kek ni, aku serikan dengan bunga. my bro siap cakap, amboi.. macam nak buat kek hantaran jer?
tapi, apa salahnya kalo nak bagi orang kite bagi yang cantik kan? dah le sedap.. cantik lagi! :)

Friday, July 23, 2010

Fashionista cupcake in lilac color...











Cam nak nangis buat logo branded ni.. bukan senang macam disangkakan... padan muke aku! :)

Thursday, July 22, 2010

Tempahan C.Umi, Taman Sri Andalas, Klang.




Kek tempahan c.umi ni untuk sambutan harijadi wani yang ke.. (ke berapa wani? k.ju taktau la..). kek di ambil sendiri di bengkel oleh c.din beserta dengan bayaran. harap2 kek yang cantik ni sedap dan puas ati dimakan.. ;) enjoy the choc.moist cake ya! rama2 dan bunga tu special addition untuk wani.

thx so much c.umi..
happy birthday wani!
semoga makin cantik dan meletops.. huhu

Assorted cheesy cheese...



.Blueberry Cheese Tart.
harga ikut saiz






.chilled / baked cheese cake.
.cookie based.
ada blueberry tersembunyi di dalam... yummy!



Tempahan Ana, Jenjarom.


Kek choc.moist 1/2 kg ni tempahan ibu zana dan ana. special appearance dengan parutan coklat di atasnya.

Wednesday, July 21, 2010

Tempahan C.Pah, Kg. Jawa.



C.pah ni selalu mobilizing dr rumah ke rumah untuk memenuhi appoinment mengurut dia... termasuklah rumah kami yang pernah dia singgah.. dan sekarang secara tak langsung banyak bagi aku maklumat kesihatan secara alami.. tukang urut ni kecik comel orangnya dan masih cergas, balik yang aku ni muda2 dah macam2 pulak sakit yang datang, urat tergeliat lah... yang terkehel la..terpeletoklah... macam2 ada! :) yelah berkat berpantang makan dengan elok dari muda, hasilnya memang lumayan.. sambil menawarkan khidmat mengurut, badan dia pon masih cantik dan sihat. aku patut mencontohi makcik ni... sebenarnya c.pah teringin nak makan kek butter yang pakai tepung gandum. dia kata makan kenyang sikit dari yang pakai tepung kek. yelah aku faham, orang lama la katakan... dia pon menempah la marble butter cake ni. minggu ni aku jumpa dia lagi, dia kata kek sedap. sekejap je dah abis.. dan raya nanti memang nak order kek tu lagi. hehe alhamdulilah.. time kasih ye c.pah...

Tempahan Aju, Labohan Dagang.

base color : light purple

base color : white

Saturday, July 17, 2010

Tempahan Faizah Noor, Taman Sijangkang Indah.


weather theme : starz, little starz, sunshine, rainbow, sky & half moon.

Princez Outfit : love, crown, skirt, shirt , magic stick, pants & lolly pop

Flower + butterfly theme
"Fancy Teddy Bears" with light n bright purple background color
the boxes are ready 2 pick up..

thx to faizah noor for her repeat order.. last time dia pernah order cupcake tools untuk husband dan lepas dia makan cupcake tu, dia terus msg aku bertanyakan harga untuk 100 pcs pulak. sedap dan comel katanya. senang sangat berurusan dengan faizah noor, lepas dia deal harga yang aku inform melalui msg, few days later aku diberitahu yang dia telah bank in duit. wow! cepatnyer! tempahan dibuat advance sebulan dengan full payment. time kaseh banyak2 ye faizah. semoga b'day 1 year old baby girl arini meriah. semalam aunty ju strive hard buatkan cupcake ikut tema. all together are 4 sets, each set with own theme. antaranya bunga dan rama2, princez outfit, weather & fancy teddy bears. hope everyone enjoy eating the yummylicious cupcakes! tq very much! :)

Wednesday, July 14, 2010

Tempahan Reen, Kg.Medan





Reen planning nak surprisekan hubby dia b'day cake bertemakan padang bola beserta dengan logo liverpool besarrrrr punya. aku agak kelam kabut masa nak menyediakan kek ni sebabnya lepas hantar kek cikgu zurina, aku ada delivery roti2 kat area banting, balik pun agak lewat. so, awal2 lagi aku cakap kat dia, kalo sempat aku buatkan yang besar, kalo tak, ala2 comel je kat tepi padang tu. pasalnya aku takut rupanya tak menjadi sangat, tu lah yang buat aku seriau... kalo bole aku pun taknak lah hampakan dia lebih2 lagi ni first time dia order kek ngan aku. akhirnya, untuk tak menghampakan reen yang inginkan logo liverpool yang besar, aku ambil masa untuk mengkaji logo liverpool supaya aku dapat buat yang terbaik untuk kek ni.. start tadi pon lewat, so aku terkira2 bilalah agaknya aku bole siapkan kek ni without mistake so much. dah la buatnya kelam kabuts, karang macam2 hal pulak jadi kat kek ni. serammm beb... sekali dah tengok logo liverpool tu camne rupa, wahhhh! bole tahan gak susah rupanya, nak2 ada burung bangau aku kene deco. untuk design logo je aku dah macam arkitek pulak rasanya.. nak bajet2 space utk letak tiang gol dan player lagi. disebabkan ruang pon ala2 ngam penuh untuk susun toys tu sumer, aku pon mula la melakar perisai. berpeluh2 mak... design yang complicated sebab ada kerawang2 yang aku lukis nampak cam ala2 lawa.. haha.. pape jelah, janji ada ghuper. my hubby dan mak mertua datang jengah kek yang aku buat.. phew! sememangnya aku berbangga dengan hasil keje aku hari ni. very blessing! susah.. tapi berakhir dengan kepuasan yang tak terhingga. both of them happy with my work.. aku pun tak sangka hasilnya cam best! :) nga..nga..

thx so much reen, ur the best!
utk ipul.. happy birthday..

I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails