The YCM's team

The YCM's team

Tuesday, June 30, 2009

Tempahan Nek Yem, Taman Seri Cheeding, Banting.

Dah lama tak borak2 ngan nenek sedara aku ni. dialah tempat aku selalu mengadu2 n antara orang2 yang berdiri disebalik tabir kerjaya aku ni..chewah! aritu time rehat2, tergerak aku nak msg nenek aku ni.. macam rindu la pulak. tiba2 dlm msg tu, dia kata teringin nak makan coklat kek ngan coklat cair pas tgk kek kawen aku kat dewan aritu, nak buat tak pandai pulak katanya. sembang punya sembang, last sekali dia tempah kek coklat 1/2 kg. tak sia2 aku msg dia aritu tanya kabo.. hehe... thx yer nek... cayang nenek....


Tempahan K.Ina, Politeknik Banting

cup cake ni ditempah oleh K.Ina (my sistah opismate) bertemakan merah putih n loving2. kali ni dia sponsor majlis pertunangan teman. thx k.ina untuk tempahan ni. semoga k.ina suka la yer...

Tempahan Along, Sijangkang.

actually, right after majlis kawen dua2 pihak selesai, cousin sebelah my husband order cuppies untuk buat hantaran dan buat makan2.. untuk buat2 makan2 tu aku wat sempoi giler.. yang ini hantaran untuk step-daughter dia yang masa majlis nikah itu hari ...
agak2 mana yang paling canteq, susun macam kat atas ni ker atau yang kat bawah ni... tinggalkan komen yer... tq :)
tenkiu along untuk tempahan ni... esok2 order lagi ye long..... :)

Monday, June 22, 2009

Corat-coret @ Dewan Sri Jugra, Banting

My wedding in short menjadi kenangan terindah sepanjang hayat. Paling best ada pencak silat...last minute tu, tokei nasik ayam haji SAMORI nak sponsor persembahan pencak silat. i luv that.. sampai 3 orang bersilih ganti silat, last sekali ada lak macam lawan2. seram2 sejuk pengantin ni ha.. makan pon best, gerai2 makanan dan minuman macam kat pasar (ala bazaar la ni..), sampai ada yang ingatkan kami buat hari keluarga la pulak.... haha...! buat aku ketawa jer... kambing golek memang orang tak mau lepas... (ramai pulak yang call tanya pasal kambing golek yang sedap ni. masing2 tingin nak order nak buat kat majlis sendiri nanti...) Selain gerai2 yang best tu, wedding ni yang ada kek kawen 4 tingkat ngan cup cake tower (pengantin sendiri yang bikin sampai tak tido malam lagi...) Selain melaram ngan baju bersanding, atas permintaan abah, kami menggayakan busana bugis pulak. hai, sgt2 la istimewanya wedding kami yang berlangsung kat dewan aritu.. perkahwinan ni mendapat limpahan pujian dan cetusan idea tetamu2 yang hadir sebab lain dari yang lain. terima kasih kepada para jemputan yang hadir.... kat bawah ni yang sempat cameraman aku snap untuk kongsi bersama..

bro ni ngah cosentrate bakar kambing... cian dia kepanasan
kambing golek
nasik ayam hj.samori?? :)
gerai air pelbagai rasa... ramai ingatkan kene beli ni....
salam jangan tak salam..karang demam.... hehe...

bro ni pon bley tahan... kemas jer step silatnya....
lagi terer mamat ni silat. badan bukan ukurannya...
erm.. sihatnyer!
belakang2 tu sedara mara kami dari dua2 belah keluarga
ha.. dah start dah... bunga2 silat....
menuju ke tempat yang disediakan untuk persembahan pencak silat
orang kuat majlis... abah.. tatak & mak....














Persiapan perkahwinan

time kaseh banyak2 buat seluruh ahli keluarga yang bertungkus lumus 3 hari sebelum majlis kat dewan bermula. Untuk my sistah, my mom, aunties n uncles yang participate in preparation of my weddings, time kaseh banyak2 kat sume yer..semoga Allah berikan kesihatan dan rezeki yang banyak buat kalian. Terima kaseh kat abah (my big sponsor) yang menyediakan budget untuk meraikan majlis yang grand untuk anakanda dan suami. kepenatan terbayar dengan jumlah tetamu yang ramai dan tak putus2 disertai cuaca yang baik pada hari itu. oang canopy sudah tersalah letak nama pengantin lelaki daaa.... :(
goodies bag untuk para jemputan

hamparan bunga purple
telur pindang yang tak berapa nak pindang.. pendek citer tak jadi pindangnya, may be kurang lama rebusnya.. thx to my mak mizah yang sponsor telor pindang 200 nos untuk di jadikan bunga pahar.

bekas mengkuang berwarna purple... ermm i luv purple.. n crazy of that 6 years back.. hehe..
my cousin shira ngah isi bunga telur dalam paper bag.

haha... yang ini kitoang panggil momok sebab dia sgt2 tembam. hiks! kire gile keje gak dia ni .. (time ni je la..) tengok tu, habis dia cover sumer keje2 ari tu... nasib baik ada sepupu2 yang leh harap wat keje.

antara yang 'berusaha' untuk menjayakan majlis pada ahad tu... time kaseh yer

my aunties n nenek isi telut dlm bunga telur.. sumer tunjuk blkg mereka yang canteq. :)

my cousins yang tersangat rajin... i luv u all.. muagh!

Friday, June 19, 2009

Potret perkahwinan

Darling frenz,
thx so much buat family, jiran dan kawan2 yang datang masa wedding aku yang berlangsung kat Dewan Sri Jugra, Banting pada 31 mei lepas. Ramai gak yang tak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu namun sempat kirimkan hadiah dan duit nompo (hiks.. i like it..mekaseh ek). buat kawan2 yang mengasihi diri ini, jarak yang jauh bukan halangan untuk doang datang meraikan hari besar aku. thx asuad, arep, zana n family, fazli, lea n addy n anak2, mahfuzah, rafizah, bambang, afif, bambang (oit, datang solo eh..mana oang umah?) azkiyah, raja n adah, ziela n ramai lagi la...(sori tak sempat nak masuk nama, ramai sgt...aku hargai kedatangan koang, time kaseh la banyak2) perasaan nampak koang kat majlis aku tu tak tergambar dengan kata2, happy bangat! bile tengok kwn2, jiran2 dan sedara mara dtg memang perasaan tu tak terucap dengan kata2. rasa bahagia... really enjoyed! thx sebab dtg ke majlis perkahwinan petama dalam keluarga kami ini. untuk keluarga mertua,terima kaseh banyak2 sebab menerima tetamu anakanda yang tak sempat datang ke majlis di dewan. thx 2 dila, lin n hubby yang mengotakan janji untuk attend majlis di rumah mertua di jalan orkid, sijangkang. thx so much semua, semoga tawa riang dan kegembiraan di hari bersejarah Julaiha & Ahmad Bohairi ini berterusan dan berkekalan sepanjang hayat. amin.... ok gambo kat bawah ni untuk tontonan umum.. gambo campur2 kat umah belah lelaki n pompuan. yang merah belah lelaki n purple belah pompuan. ok enjoy.... ! next time kalo rajin aku upload lagi... 4 more wedding pics plz visit www.myspace.com/teddyjulia. adios... :)
selesai makan beradap menunggu.....sambil menahan kepanasan. chak!
untuk tontonan ramai
selangkah demi selangkah
bersantai
gaya lama
tersimpuh.. adoi!
selepas majlis berkhatam
bersama kumpulan cempulan sg.lang yang best..
tersenyum dalam busana bugis.. permintaan ayahanda tercinta
pasangan mempelai yang manis
potong kek duluuu...
makan berhidang @ dewan
di tepungi lah tawar dek abah mertua
possing ngan pengapit yang comey

Cuppies hantaran

cuppies ni dibuat khas untuk m'balas dulang pihak pengantin lelaki. masa bertunang dulu aku buatkan kek besar perasa kopi untuk doang, tapi kali ni untuk hantaran, aku sengaja buat cup cake 2 jenis, fondant n buttercream. saje nak pelbagaikan produk sebab aku dah boring buat kek aje.. :p harap2 sumer dapat merasa maklumlah aku cuma dapat bagi 50 pcs jerk.... takper2.. mana2 yang berminat plz contact me k.. hehe...

hantaran sumer aku yang buat sendiri. simple n aku puas hati ngan tahap keje aku. (bangga...)

tengok tu yang love2 tu... rasa hatiku untuk buah hatiku....
fondant cuppies : ada teddybear n bunga lagi. manja kan...

Tempahan Nurul, Kelana Jaya

Lama sgt2 la tak dengo citer kak long nurul ni.. 1 hari tu aku dapat panggilan dari k.long mintak buatkan dia 1 fondant kek macam gambo kat bawah ni. perghh, canteq n kemas kejenya. tapi am not sure sape punye kek ni, k.long kata dia amek gambo ni kat internet gak. sekiranya tuan punya kek ni tertengok blog kite ni, kite mintak maaf la yer kalo kite mem'pirate'kan hasil keje awak. tapi takyah la riso sgt, psl hasil keje awak lagi tip top dr kite punya.. ahaks! sbnrnya, aku tak dan nak wat kek k.long ni sebab kesebokkan aku nak buat persiapan kawen tempoh hari, tapi disebabkan desakan dan rayuan k.long ni aku buatkan jugaklah utk dia. anyway k.long pon dah nak naik pelamin gak, semoga dia dan teman lelakinya bahagia n kekal hingga ke hari besar doang. amin....
canteq gile kan....terliur tengok....
my work.. nasib baik k.long suke w'pon aku rasa cam jauh panggang dari api jer ghupernya... hiks! thx 2 my sistah, nazeha yg as usual meminjamkan tools nyer kat aku ni.. muagh @ pipi zeha. sayang adik k.jue ni!



I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails