The YCM's team

The YCM's team

Tuesday, November 23, 2010

Tempahan Anis, Telok Panglima Garang





Anis.... nak buat tempahan anis sampai 4 pagi baru siap... sungguh panjang ceritanya. Dari ampang sampai ke teratak ayahanda dan bonda semula dalam nak membikin yang terbaek untuk anis. mana taknya, kena refer balik kat tok guru (nasib baik la k.baini ni memang baik ati... terharu sungguh! mekaseh la ye k.baini. u r my hero!)
untuk anis dan ckgu zaleha (mak anis) tahniah untuk keduanya, yang sorang bakal mendapat teman sejiwa dan yang sorang lagi bakal dapat menantu.
sebelum balik cikgu zaleha sempat deal untuk next order, anis's wedding cake... huhu..
tarikhnya.. mak aiii.... waktu2 "di ambang sore" jugak tu, harap2 lepas aku bersalin nanti la ye...
haha. :)

Tempahan Radziah, Telok Panglima Garang


Radziah Radzi, kawan sekolah yang memang otak bombastik (sebab dia kelakar+pandai sgt)hanya sempat bersama sekelas masa form 1 dulu menanyakan harga cupcake melalui sms. dia ni kalo tak perkenalkan diri sure aku tak kenal sape dia ni... hehe.. suprisingly dia tgk blog aku melalui blog nabilah. pada mulanya, dia bertanyakan harga cup cake tapi stlh berterus terang bajetnya tidak ke situ, aku suggest dia amek kek besar. then, dia terus order choc.moist cake (ala, my famous amous choc. cake tuuu) dan mintak buatkan 1kg x 2 biji in square shape, katanya senang nak potong nanti masa majlis berkhatan anak sedarnya nanti. :)
well, tq so much radziah untuk tempahannya ini.
harapnya kek ni sedap giler dan memenuhi selera ye...!
thx again!

Friday, November 19, 2010

Tempahan Ahlina, Banting.


cupcake fondant ini telah ditempah oleh ahlina untuk hantaran pertunangan kakaknya rozanna. cupcake ini dibuat dengan mengikut attachment yang dihantar oleh ahlina, walaupun tak serupa tapi aku cuba sebaik mungkin copycat rupa asalnya, cuma bunganya aku tukarkan ke bentuk lain memandangkan percubaan pertama kurang menjadi. disebabkan keletihan, aku dapat hantar tempahannya ini pada sebelah malam, ikutkan jadual hantar pada pukul 5 petangnya. sesampai saja kat rumahnya (setelah sesat2 gak carik alamat yang diberi.. :p) aku dan hubby segera diajak oleh ahlina dan keluarganya untuk masuk ke rumah dulu. so welcomed! terutama ayahnya, Hj. Zainal Ali yang peramah tu melayan kami macam keluarga. siap nak balik tu dibawakkan rendang.. fuyoh! walawey! :)
tq ahlina sekeluarga....

Wednesday, November 17, 2010

Sunday, November 14, 2010

Assorted Fondant Hantaran






Tempahan Fifi, Telok Panglima Garang.



tempahan fifi untuk sambutan anniversary ke 2 thn bersama boifren tersayang dengan tema guys stuff dengan warna pilihan biri, merah dan kelabu.
happy anniversary for u guyz.
semoga selamat hingga ke jinjang pelamin ;)

Tempahan Yati, Kg. Idaman, Klang


Tempahan Yati cupcake dengan tema kanak2 sebanyak 32 pcs untuk b'day anaknya pd sabtu lps. siap delivery awal pagi sebab my family (penuh 1 van) nak bergerak ke UiTM Dungun untuk menjemput adik kami yang nak balik cuti semester. sebenarnya tak le susah sgt nak carik rumah yati, dengan guideline yang dia bagi melalui sms, mudah sgt carik rumahnya. tambahan lagi mak yati dah get ready depan rumah. :)
huhu... tq yati for this ordering. "K" stand for KIMY

Monday, November 8, 2010

Tempahan Zira, Puchong.


taraaa.... 3-tiers cupcake tower as per request.


cupcake pelbagai pattern dengan kombinasi white + dark purple + lite purple.
gorgeous zira in her wedding dress... :)


nampaknya si tokei cantikmanis ni kebizian menyusun kek sampai tak perasan mr.superman snap gambo.... seriusnya! :)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails