The YCM's team

The YCM's team

Sunday, May 30, 2010

Tempahan Ani, Kebun Bharu.

pengantin yang mengenakan busana jubah, bertemakan ala padang pasir..
cuma tak pakai jilbab ajer..
panas beb... ;)
the cupcake tower by yang cantikmanis
siap ada pengawal unutk menjaga cupcake tower sebab ramai sangat tgh 'aim' nak cilok satu..

served dengan tranparent spoon lagi biar senang tetamu nak makan ;)
100 pcs of "ani loves zam"
Ani LOVES Zam

100 pcs of purple roses

Ani teman kepada adikku zari telah membuat tempahan cupcake tower sebanyak 200 pcs bewarna purple & putih sempena majlis kawennya hari ni. teruja aku membuat cupcake yang banyak ini, walaupun memerlukan masa yang sangat2 panjang untuk menyiapkan cupcake ni, aku suka sangat2 sebab lain dari yang lain. kebetulan warna yang dipilih sama macam wedding aku dulu. :) hiks! so untuk cuppies ni aku sediakan choc.chip butter cake yang sangat sedap dengan design bunga rose dan wording. aku pasti pengantin & family musti suka dan teruja macam aku gak bile tengok cupcake banyak2 ni. mana taknya, masa sampai kat sana, belum susun pun dah ada yang nak cilok satu sampai aku dimarahnya sebab tak bagi dia ambil.. isk tak patut betul. mana boleh ambil selagi pengantin belum amek gambo lagi kan.. so, kakak pengantin terpaksa panggil budak jaga cupcake tower tu supaya 'selamat' dr tangan2 yang nak menyilok. hehe.. lucu gak. bukan budak kecik ajer yang berkenan nak cupcake tu, orang tua pun sama.. bukan sorang, ramai jugee... inilah yang dikatakan cabaran bukan kepada aku sendiri tapi tuan rumahnya sekali.... waduh!


Selamat Pengantin Baru buat Ani & Zam
Semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit piut...


p/s - nantikan kek wonderland zam pulak minggu depan ni.. surprise! surprise! ;)

Tempahan Fizi, Cheras.

beraksi dengan tema purple
ayunya fizi dengan songket purplenya..


2nd tier
1st tier

Kek 2 tingkat berwarna purple ni tempahan fizi, teman rapat masa kat UiTM dulu. masa kami part 6 dulu, kami tinggal serumah dan sama2 gilerkan sheila on 7. rindu jugak kenangan masa study n kwn2 serumah kat sec.2 shah alam. well skang fizi dah naik pelamin, bertambah lagi soang dlm kelab jeng jeng. haha! fizi request design macam kek kawen aku warna purple dengan bunga merah dan jugak mintak gabungkan dengan satu lagi design kek fondant, attachment dr dia.but lastly aku tiru gak macam kek aku sebab aku rasa design kek aku lagi lawa dr attachment dia.. jangan mare.. hiks! tapi untuk kek fizi ni, aku lebih suka design untuk dia sendiri. means, setiap kek yang aku buat ni signature khas untuk satu pengantin saje.. tulah berita baiknya dan semestinya ko suka dengar kan fizi.. ;) pasal tu aku tambahkan bunga purple biar cantik lagi kek ko tu. tapi sorry la, semalam tak dapat tunggu sampai bersanding sebab ada hal kena balik ke markas cepat. maklumlah ada satu lagi cake task belum siap untuk majlis esoknya pulak.

khas buat fizi & azizi..
selamat pengantin baru.
semoga bahagia selalu, aman dari pertengkaran,
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
amin..

Tempahan Cikgu Hazira, SK Sijangkang.



Kek Edible Ultraman ni ditempah oleh teman baik Cikgu Suhaila iaitu Cikgu Hazira untuk meraikan harijadi anak lelakinya yang ke 4 tahun dan kenduri doa selamat malam semalam. Kek ini ditempah khas dengan perasa vanilla blueberry dengan decoration warna biru dan merah sempena warna rasmi ultraman. Penghantaran dibuat paginya, sekali jalan dengan kek2 syirin yang kebetulan sama tempat di kebun bharu. Asalnya cikgu Hazira mintak antokan pukul 6 petang tapi aku takut tak sempat balik awal dan anto kek on time so anto jugaklah paginya tu. Nasib baik cikgu hazira tak kisah dan mintak aku terus ke rumahnya sebab dia masih di sekolah untuk majlis pecah tanah. tak susah sebenarnya nak carik rumahnya sebab dia stay satu taman dengan cikgu suhaila. sampai dirumah, suami cikgu buat payment dan aku pun terus balik. cadang nak sambung kait mimpi tapi tak dapat pun. sebab kena get ready untuk ke cheras pulak nak anto wedding cake fizi. anyhow, thx so much cikgu hazira diatas ordernya ni, moga cikgu order kek lagi akan datang.. :)

happy b'day to mohd aliff haikal
4 th
moga jadi anak yang soleh, cerdik dan cergas
serta sayangkan ibu bapa dan kakak selalu..
amin... :)


Tempahan Yin, Taman Desawira.

Kek Strawberry
Kek Coklat

Kedua2 kek ini ditempah last minute oleh cikgu2 tadika melalui syirin. yin call malam sabtu, tapi kek nak pakai ahad pukul 9 pagi sebab cikgu2 tadika nak bawak ke pangsun utk aktiviti family day kat sana. time yin call aku untuk tu, aku masih kat kenduri arwah pak ngah (bapak sedara hubbyku) dan kebetulan malam tu aku masih ada kek2 untuk di deco, so aku amek order yin tu. alhamdulillah, kek2 siap dibuat dengan suksesnya pada malam tu jugak dan siap seawal subuh. sebenarnya aku tak tido langsung sepanjang malam tu sebab kena siapkan kesemua order aku untuk minggu ni. lepas solat subuh, aku rehatkan diri dalam sejam dua dan rasa2 macam terlajak bile yin call aku menanyakan bile aku nak anto keknya, sebab cikgu2 tu nak gerak.. waaa! mmg sah hampir terlajak tido, nasib baik aku dah siap2 mandi pagi tadi tu. dalam mamai2 aku ke kebun bharu utk menghantarkan kek2 tersebut dgn bantuan yin melalui telefon. syukur, sampai gak ke destinasinya walaupun lambat sket tapi sebenarnya cikgu2 tu belom pon gerak lagi. masa aku sampai tu dorang tengah baca doa. phew! lega beb..... hehe ;) lepas dapat payment aku terus buat delivery ke 2. zooom!!

Saturday, May 29, 2010

Tatak 30thn...




kek ni dibuat khas untuk kakak sulung kami yg senang dipanggil tatak. tahun ni umurnya genap 30 tahun. wahh.. mcm dah tua jer bile sebut 30, tapi sebenarnya tak tua mana pon... (aku ckp tak tua psl thn dpn turn aku umur 30.. haha :p ) aku tak sempat jumpa tatak, dan dia pon taktau yang aku nak buatkan kek ni utk dia. since aku pon kebizian tahap terlampau minggu ni, so aku lebih senang mengirim melalui adikku amat untuk m'bawa kek surprise ni ke umah nenek sebab kebetulan dia pon memang nak anto mak ke sana untuk jaga nenek. kek ni walaupon aku buat dlm keadaan exprez gile, tapi hasilnya gempak gile.. chewah! its truly me! aku dah terbayang bunga dlm kepala aku ni hasilnya lebih baik dr jangkaan aku.. bestnyer! sampaikan makcik n liltle cousin tak sabar2 nak potong kek bila tengok kek ni, padahal tatak belum lagi balik umah time tu... terpaksalah simpan dulu ye,bole potong bile tatak balik nanti ye. :)




Thursday, May 27, 2010

Untuk teman kami, Radin.


Choc.moist cake ini dibuat khas untuk teman kami, radin printing yang banyak menolong dalam m'buat banner, bunting, label, biz card & iklan yang tip top untuk biznes Yang Cantikmanis sepanjang beroperasi kat sijangkang. Radin tak suka makan sponge cake yg ada krim2 ni, tapi butter cake paling dia suka. so, pilihan yang tepat untuk dia choc.moist ni lah. harap radin suka n bley share kek yg sedap ni dengan family dia nanti. ow yea, kedai dia pon jual roti aku sekali... laju jer abis. kejap2 mesti dia msg nak roti lagi. cuma aku jer yang tak terkejo nak top up roti kt kedai dia. anyway, thx so much radin! :)

Tempahan K.Bib, Telok Panglima Garang



wow, bestnya dapat order lagi dr k.bib.. kali ni k.bib order lagi 50pcs bear cookies. last weakkan k.bib bawak buah tangan untuk pasangan bad & suzie, so ada tetamu yang dapat tu berkenan nak buat door gift jugak. pesan k.bib warna nak macam hari tu jugak.. warna terang2... biar nampak. hehe :)

Selamat Hari Guru dari Bazli




sebenarnya dari semalam adik ipar aku ni, Bazli mundar-mandir dalam bengkel tanyakan kot2 kalo aku extra cupcake, aku tanyalah dia nak buat apa tapi dia malu2 kucing pulak nak suh aku buatkan kek. rupanya bila aku selidik, kaji punya kaji, dia nak bawak gi sekolah esoknya sempenan sambutan hari guru kat sekolah petang. lantas, malam semalam jugaklah kakaknya bakarkan choc.sponge, dan baru pg tadi aku sempat deco kek tu. So, aku terfikir nak buat deco bentuk2 hadiah kat sekeliling kek tu dengan hiasan sedikit fondant bagi 'memeriahkan' lagi rupa kek tu.. haha! wuteva!! kek untuk ustazah n budak2 yang nak makan, buatlah ala2 ceria gitu... tadi, lepas balik sekolah aku tanyakan keknya habis dimakan ke tak, bazli kata, ustazah potong2 kat dewan... ala... tak dapatlah kawan2 makan sama... erm.. :

Tempahan Lisa, Sec.6, Shah Alam.


lepas anto cookies k.miza, kami terus ke sec 6 untuk anto order lisa pulak. Bear cookies ini lisa sponsor untuk majlis kawen sebagai bunga telur. lisa request soft+light color n without stick sebab dia nak ikat pada bunga telur tu. erm.. cantik jugak tu! :) so kaler2 pilihan aku ialah biru, kuning, hijau n pink! walaweyyy.. comey la pulok, siap dengan jumbo love lagi!! :p Order tu sepatutnya lisa mintak anto hari jumaat, tapi aku antokan advance sebab jumaat ada order lain. jadual agak packed, so aku mintak kebenaran lisa untuk anto awal cookies dia ni. since her got no problem on that, malam semalam kami jumpa di perkarangan flat sec 6, itu pon dengan guide dia sampai jugaklah kitorang (aku+mr.supermanku) kat area rumah dia tu.. haha! mmg tak familiar langsung dengan area situ. mommy anak sorang ni memang comel lotey orangnya. sng b'kerjasama dgn dia, untuk itu aku bg 10 pcs extra lagi. tq lisa 4 ur ordering. harap order lagi akan datang ni ye! :)

Tempahan K.Miza, Kota Damansara




Cookies ni ditempah oleh k.miza few weeks ago sebanyak 100 pcs, tapi 2 hari sebelum pick up k.miza menambah 20 pcs lagi. so total 120 pcs. k.miza siap pesan, cookies tu mesti kaler biru sbb baby boy. cookies ni dijadikan door gift untuk tetamu bagi meraikan majlis cukur jambul anak madunya. :) fuyohhh!! terdetik kat hati aku, kalo k.miza ni redha dgn kehidupannya b'madu, semestinya dia di anugerahkan payung emas kat akhirat nanti.. i'allah.. amin! semalam kami dah janji nak jumpa di belakang Jusco Bukit Tinggi lepas dia abis shopping barang2 basah kat grocery. k.miza+hubby dia+anak dia (haha..bape banyak punya dia da..) dtg ke kereta pick up cookies + 200 pcs bekas dadih yg dia mintak aku tolong belikan. lepas bayar, kami b'pisah n aku n mr.supermanku (hubby) cabut ke s.alam utk menghantar cookies tempahan lisa pulak.. huhu.. tq so much k.miza di atas tempahan cookies ni.

Saturday, May 22, 2010

PROMO: Lolly fancy cookies need 2 be cleared....

teddy bear : 104 pcsstar : 25 pcs
round : 45 pcs
flowerz : 59 pcs

b'minat utk mengisi lolly fancy cookies ni dlm goodie bag korang?
nak tolak murah2 punya utk sesiapa yg berani m'borong..
HAHA.. :D
sebar2kan berita ni, sebab bukan selalu aku nak buat jualan runtuh tahap dewa macam nih..
call / sms me atau dtg terus ke bengkel Yang Cantikmanis @ jalan orkid, kg.sijangkang.
jangan t;salah tempat taw! noo...noo..nooo... ;)

Tempahan K.Bib, Telok Panglima Garang




Choc. moist cake ini telah ditempah oleh k.bib utk jirannya yg akan menyambut anniversary ke 15thn hari ini. tempahan sbnrnya sepatutnya mintak dihantarkan semalam tapi k.bib bgtaw 2 hari lps spy posponed penghantarannya ke tgh hari nnt. utk pasangan bad & suzie ni, mereka akan mengadakan jamuan makan2 b'sama anak2 utk meraikan anniversary mereka nnt. Dengarnya siap b'make up2 n pakai baju glam lagi tuh! wow.. k.bib la yang mengandamnyer tu :) syukur alhamdullilah kek pon dah siap dr malam td, so diharapkan bila mereka potong kek ni nanti, semua org suka dgn kek ni. i made special for them, dgn kasih sayang lagi. semoga pasangan bad & suzie diberikan kebahagiaan sepanjang masa. i'allah... sebagai tambahan, k.bib bawakkan buah tangan lolly cookie bear sebanyak 30 pcs untuk mereka.
for both of u, happy anniversary guyz!!

Thursday, May 20, 2010

Tempahan Siti Hajar Aishah, Taman Desawira



Siti Hajar Aishah, teman lama dr taman perumahan dimana tempat kami pernah membesar bersama2, kini bertemu kembali di facebook. si pengantin baru ni telah menempah choc.moist cake cuppies ini utk sambutan harijadi hubbynya, remi di restoran steambot dlm kg.sijangkang. aku ada mengusiknya, cuppies dia terlalu banyak wordingnya, dah macam surat cinta. ketawa besar dia bila aku tanyakan mana 'do' sbb tinggal 'remi' je kat kek tu... tak lama dia dapat cuppies 2 dgn bantuan 'suparman'ku iaitu my super hubby kat restoran tu, ct call aku utk ucapkan terima kasih dan dia suka sangat2 cuppies ni.. so hopefully ct akan repeat order utk akan datang.
thx ct..
happy b'day remi....

Wednesday, May 19, 2010

Tempahan Cikgu Hasrina, SK Taman Kosas, Ampang





tempahan lolly fancy cookies ini dibuat oleh cikgu hasrina dr ampang melalui sms. cikgu hasrina yg lebih mesra menggelarkan diri sbg k.ina ni tlh menempah sebanyak 250 pcs utk sambutan hari guru pd 27 may nanti. cookies ni adalah sebahagian dr isi goodie bag utk cikgu2 sekolah sbg hadiah dr kelab guru. bila dah byk2 bungkus ni nampak comel, tp penat nak m'buatnya hanya Allah yg tahu, belom lagi dgn cookies x jadi. tp utk tak menghampakan k.ina, aku bg extra 10 btg lolly fancy cookies ni mana taw dlm tak cukup rehat ni aku tersalah kira... :) nak patah balik karang dah jauh... tambahan lagi cikgu hasrina tlh menempah pizza (s) sebanyak 50 pcs utk bg anak muridnya makan2 di samping sebahagian akan dijual di koperasi sekolah. tq cikgu hasrina.. semoga akan datang kite akan b'usahasama lagi! selamat hari guru...

Tempahan Cikgu suhaila, SK Sijangkang




Tempahan ini sebenarnya utk meraikan hari guru pd isnin lps tp cikgu suhaila mintak pospond kek ni hantar pd keesokan harinya disebabkan lambakan kek pd hari tersebut. so d next day, aku hantar kek ni kat sekolah, mmg berat sket sbb aku bg cikgu suhaila extra. tempahan asal hanya 2kg aje, dengan permintaan design ada baby tools n pink color. memandangkan cikgu suhaila cakap dlm 100 org makan so aku budget buat besar sket di samping belanja cikgu2 tu makan. kalo sedap cikgu2 bole order la kat kite yer! tema utk kek ni 2+1, utk meraikan hari guru dan untuk kelahiran baby gurl cikgu suhaila. cikgu suhaila baru melahirkan anak perempuan, so kek ni tujuannya utk meraikan sekali kwn2 yg dtg kerumah masa tgk bayi dulu yg mana dia tak sempat nk menghidangkan apa2 utk kwn2nya time tu. hopefully doang suke tgk design kek ni n enjoy makan. designnya ada bintang, bear, luvs, rossette, baby stroller, baby pin, n shoes. the best thing, flavornya aku combined vanilla n strawberry. yummy!!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails