
Pakar dalam menceriakan majlis anda dengan kek homemade yang cantik, comel dan sedap sehingga anda terliur2 mahukan lagi! Service & Products: Baking Class / Wedding Cakes / Birthday Cakes / Decoration Cakes 4 any Occasions / Cupcakes / Fondant Works & Figurines / Fancy Cookies / Cheese Tart / Cream Puff & Everything Sweet+Nice.
The YCM's team

Monday, August 16, 2010
Tempahan Ayuni, Taman Perdana, Kg. Sijangkang.

Labels:
cuppies
Monday, August 9, 2010
Sunday, August 8, 2010
Kenduri yang penuh dengan makanan sedap!


dah lama mak tak deco kek, so malam tu mak hiasakan kek untuk birthday baidhawi.
Untungnya kalo datang kenduri kat umah w.sab (mak mertua aku).. macam2 makanan ada, kebanyakan yang luar biasa sedapnya termasuklah dessert2 best buatan aku. huhu.... mak mertua aku ni tokei katering dan ada pasukan masaknya sendiri terdiri daripada anak2, adik2 dan anak2 buahnya yang memang teror masak. aku? aku teror tang lain. kalo membaking bagi jelah kat aku. memang pakar! malam tu makanan masih banyak lebih tapi kebanyakan hampir habis ditapau dek sedara mara. benda yang sedap mesti di tapau.. yeah! i like.... kat sini aku display yang penting2 aje la ye.. semestinya my bake product.
Labels:
cheese tart,
cream puff,
kek birthday,
roti
Tempahan K.Lin, Klang.


tq k.lin!
selamat bertunang azizah & razif... :)
Labels:
cuppies
Tempahan Zam, Labohan Dagang, Banting.




Zam ni kawan kat bagus, orangnya pendengar yang baik. rajin gak dia dengo cerita aku kalo aku datang shopping kat bagus. Dulu, elok aku jadi customer dia skang ni dia lak jadi customer aku. huhu... kek yang dia order ni untuk hantaran pertunangan adik dia yang berlangsung ahad siang tadi. zam order choc.moist cake dan 16pcs cuppies dengan tema brown + gold. alang2 sabtu lepas mak mertua aku buat kenduri, aku ajak dia datang sekali. dia datang juz nice orang tengah makan... haha.. ko target datang makan je kan? nasib baik aku tak suh ko basuh pinggan sekali... LOL. aku siap tapaukan roti, cheese tart n creme puff yang aku buat lagi untuk zam bawak balik. berjsaga lah ko malam tu nak siapkan hantaran adik ko yang dikatakan tak siap2 lagi tu.... :)
Tempahan Pn.Jalilah, Taman Desawira.


tq mak utk payment cupcake + fuel nya...
Labels:
cuppies
Tempahan Dila, Kem Jugra, Banting.


Tempahan dibuat oleh kawan baru bernama Dila. first time call, aku terus tanyakan dia ke yang pakai gaun pengantin dalam FB tu? terus dia ketawa. mmg sah lah dia sebab sebelum tu dia pernah bertanyakan harga cuppies. dila order 2 set cuppies ni surprisekan hubbynya yang baru balik dr kursus dan 1 lagi untuk di bawak balik ke muar. aku cadangkan 2 jenis buttercram yang berlainan, salah satunya special butter cream yang amat sesuai untuk perjalanan jauh. so pagi jumaat tu aku dan (as usual) my mr.superman telah bergerak ke kem jugra untuk buat suprise delivery tepat jam 9.45 pg waktu tempatan. yang kitorang ni pulak tersampai setengah jam awal so kitorang masuk daftarkan nama kat guard post kem tudm dan tunggu hubby dila datang pick up sebab dia masuk jam 10 pg. sah2 mmg nampak muka hubby dila terkejut bila dia dapat tau cuppies tu dari wife dia. muka excited! pastu kitorang pon gi quaters untuk antokan set yang lagi 1 bersama sample kuih raya atas permintaan dila.
thx so much ya.. :)
Labels:
cuppies
Tempahan Fad Semut, Seremban, Negeri Sembilan.


ok, untuk nuwa... happy b'day 2 u..
fad semut, jgn lupa order lagi. ;)
Labels:
cuppies
Tempahan Zarina, Bandar Puteri, Klang

Choc.moist cake ini ditempah oleh k.zarina secara online untuk majlis potluck kat opisnya pada jumaat lepas. k.zarina bersama babynya telah berjumpa aku + hubby kat depan 7Eleven bandar puteri untuk pick up yang ditempah. aku sempat jugak berborak dengannya, dari situ baru ku tahu dia bekerja kat amanah raya kl. sempat jugak aku kirimkan sample biskut raya. hehe
tq so much yek! harap2 kek yang sedap ni habis di makan semua org..
Labels:
choc moist cake
Sunday, August 1, 2010


Aritu aku merungut dan frust bila gambo2 kek baru yang aku buat tak dapat nak di upload kat blog ni. skang ni tidak lagi.. syukur alhamdullilah, gambo2 ni aku dapat balik malam tadi setelah lap top aku dan software card recovery bekerja keras mencari gambo2 yang kononnya "permenantly deleted" dari memory card hp aku. tak sangka aku dapat balik sumer gambo ni dan kebanyakan semuanya masih elok, sekeping dua je yg corrupted. aku tak kisah janji gambo yang aku nak elok lagi. thx to sepupu hubby yang cadangkan aku untuk download free software yang ada kat internet ni. if not, sampai la ni aku masih sugul gaknyer.. hehe.... so 2 reward myself, let eat d cake!
thx Allah!
thx hubby's cousin!
thx 2 technology!
Tempahan C.Jah, Kg.Sri Cheeding, Banting.



Kek mini 2 tiers ini tempahan makcik aku sempena b'daynya baru2 ini. kek yang aku deco bentuk juraian gelang tangan disekeliling kek ini buatkan makcik aku ketawa. Kek untuk si tokei gelang, so aku buat ala gelang dan rantai untuknya. tiada sebarang majlis, juz buat makan2 untuk minum petang bersama anak2nya. aku buat 2 perasa, pandan untuk lapisan atas dan lemon untuk lapisan bawah. bila kek dipotong, aku puas hati sebab gabungan warna hijau dan kuning memang cantik sekali. C.Khir pulak puji keknya sedap. Nenek pun sama tambah, kata keknya lembut. Ohooo ada secret recipe tu... they are totally enjoyed my fancy cake expecially sepupu kecik kitorang, nana. habis comot mukanya kene krim sampai aku cakap mukanya macam "joker" batman. hehe... di sebabkan aku pose aritu, takde la dapat aku merasanya..
Labels:
kek birthday
Tempahan Farah, Muar, Johor.




Kek choc.moist bertema bola dengan germany flag ini di tempahan Farah oleh dari Muar, Johor yang kebetulan dekat dengan kampung abah aku di Pt. Pinang Seribu. Farah buat tempahan online dan mintak aku buat suprise delivery untuk buah hatinya di Ayamas Port Klang. Ni first time order katanya dan dia suka dengan servis penghantaran kek ni yang tepat pada masanya. Alhamdullilah... Senang je deal biz dengan Farah, lepas bagi details thru sms, dia buat payment terus ke acc.maybank aku.
Thx so much Farah.
Next time bole order lagi kek untuk Amad ye...! :)
for b'day boy...
happy birthday!!!
semoga korang cepat naik pelamin!
Labels:
3D,
choc moist cake,
kek birthday
Subscribe to:
Posts (Atom)