The YCM's team

The YCM's team

Sunday, November 29, 2009

Desert

Puding Lapis Kek
Puding istimewa terdapat 3 layer.
bahagian bawahnya swiss roll pandan / coklat, di tengahnya terdapat lapisan custard yang lembut dengan bahagian atasnya lapisan jelly yang kenyal.
Inilah hasil air tanganku.


Sagu Bersantan
Sagu ini dihidang bersama santan yang lemak2 manis. dihiasi dengan hirisan cincau.


kedua2 desert ini di tempah oleh guru2 SRA Sijangkang sempena majlis sekolah akhir tahun.
Siapa sangka desert ini hanya dihasilkan di kantin sekolah aje.. cantik bukan main! Ustazah2 cuma cakap nak makan apa je, semua kami boleh sediakan. Dari harga yang biasa hingga ke harga yang luar biasa, semuanya boleh! :)
Untuk tempahan sila hubungi Pn. Sabariah yer...

Tempahan Yaya, Politeknik Banting.





Kek blueberry ini ditempah oleh opismate my sistah untuk majlis harijadi ramai2 satu family pada sabtu lepas. Tempahan dibuat 3 hari awal beserta bayaran.

TQ so much Yaya.

Happy birthday 2 Yaya & Family

Semoga panjang umur dan murah rezekinya...

Monday, November 23, 2009

Tempahan Nazrah Liyana, Dewan Wawasan, Kg.Medan.

bahagian bawah
bahagian atas




Selamat pengantin baru buat Nazrah Liyana & pasangannya yang berlangsung pada hari ahad lepas. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. 1st time gi kenduri yang pengantinnya tak pakai warna tema. Dewan serba serbi warna merah termasuk pakaian ahli keluarga tapi pengantin mengenakan pakaian bewarna silver. menarik jugak yer! =)

Saturday, November 21, 2009

Melepaskan G.e.R.a.M

Tau tak nape aku jadi camni??
Ni sebenarnya tgh geram + merengek kepenatan = cam nak nangis.
time ni badan mmg dah penat giler, kaki lenguh jangan cakap laa....
pastu bila gi kedai ingridients, barang dicarik kehabisan stok.
bengang.....nya!
ni lah jadinya bila hujung minggu banyak job masuk... barang dicarik takde la pulak.... grrrr
tengah tgk list barang yg kene beli. banyak.....bukannya sikit2......

Sunday, November 8, 2009

Diana

Nana...
hampir seusia dengan usia hidupku bersama dengan suamiku,
Ahmad Bohairi b. Mohd Najmuddin
Budak kat atas ni sepupu aku paling kecik dalam keluarga Hj. Sidek Redzwan + Hjh. Sahara Sirat yang lahir seminggu (agaknya kot, tak igt tarikh) selepas tarikh aku bertunang dengan suamiku dulu pada 3 May 2008. Dia wujud dalam family kami bersamaan dengan sepanjang aku mengikat kisah cinta aku dengan suamiku hingga ke saat ini, bermakna hampir 1 tahun 5 bulan. aku citer pasal budak ni sebab semalam masa gi kenduri Khirman, budak ni ikut sekali gi kenduri, makcik aku (cikjah) join aku n sistah g kenduri kawen. Bila terpandang budak kecik ni, aku tersenyum sendiri sebab, jarang sekali aku melihat dia membesar depan mata. Sejak aku berpindah ke rumah mertua, aku dah jarang sangat meluangkan masa di rumah nenek+atok untuk melayan my fav sepupu kecik aku nih. :(
i'm sorry my little darlings.....
(khas buat sepupu2 kecikku : AISH+nana)
Aish...(abang nana) Si budak comot yang nakal dan b'mulut becok. terharu aku dibuatnya bila budak sekecil 6 thn itu menzahirkan kata2 rindunya kat aku menerusi panggilan telefon. ni pon gara2 cikjah nak sampaikan tempahan kek khirman aritu. Si Aish ni menangis2 nak cakap ngan aku, tapi dihalang oleh maknya dengan mengatakan aku ni tak berapa sihat, tak boleh layan borak ngan dia. Dipujuk2 utk borak ngan tatak aku tapi dia taknak. akhirnya maknya mengalah dan call aku semula. bila borak ngan si aish ni macam aku tgh cakap ngan abang2 dia, langsung tak pelat. lancar betul percakapannya hinggakan aku rasa masa yang berlalu aku tak perasan. dalam tempoh aku mempunyai keluarga baru ini, ada saat2 yang aku telah tinggalkan tanpa aku sedari.. betapa adik2 aku ni sangat2 menghargai aku dan tak sedar yang mereka telah menginjak ke fasa yang di panggil 'pembesaran'.....

Saturday, November 7, 2009

Makan2 @ umah...




teringin sangat nak makan kek punya pasal... sakit2 pon aku buat gak kek untuk di buat makan sekeluarga. kek coklat blueberry bersama kacang. ala2 utk 'get well soon' kat diri sendiri. tukang jamah pon memang ramai kat umah. sekejap jer dah habis.


tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

Tempahan Khirman Paiman, Kg. Seri Cheeding, Banting.


kek kawen ni ditempah oleh pengantin sendiri menerusi makcik aku pada selasa lepas. khirman inginkan kek pandan dengan base putih dan bunga coklat. kek 3 tingkat ni berjaya aku siapkan dengan tempahan b'day kek adik naimah dan ian. walaupun tak pernah jumpa orangnya ni, aku rasa dia ni lucu orgnya, sempat buat lawak dlm msg antara dia dan aku masa nak kompemkan kek dia ni. yelah pakcik aku namanya khir, yang dia ni khirman.. dia kata jangan tertukar org lak. Tema perkahwinan yang dipilih adalah warna biru, coklat dan putih.. aku belum penah tengok lagi kombinasi kaler nih. anyhow, minggu ni memang minggu mencabar aku, selain baru keluar wad, badan pon baru nak pulih, rezeki datang tiba2.
alhamdullilah. thx utk sumer customer.
i luv u all!! :)
kek bawah sekali
kek tengah

kek atas

selamat pengantin baru buat khirman & pasangannya...
semoga kekal hingga ke anak cucu cicit piut.... ;)

Tempahan Lea, Pelangi Height




Sebenarnya dah lama tak buat kek yang ada edible image kat atasnya ni. tempahan ni pada mulanya lea ada 4ward 1 gambo kek b'day fondant siap toys lagi kat atasnya. Tempahan dibuat oleh lea yang inginkan kek oren dengan base putih dan skirting hijau warna ben10. so untuk tip jimat, aku suggest dia beli toys sendiri n deco kat atas kek tu, but lastly bila aku gi kedai ingridients, ada 1 edible ben10 yang besar n bole cover permukaan kek, so lea takyah beli toys ben10. dah jimat masa.... time deliver kek ni, kitoang jumpa kat belakang jusco bukit tinggi sebelah eneos. malam tu, lea dtg ngan anak2 dia si nana n ian. aiiii... dah beso budak2 tuh, rindu gak ngan doang..lama sgt aunty jue tak jumpa nana n ian kan? nasib bek doang kenal lagi muka aunty doang yg 'kuit' nih.. hiks! :) lea sempat gak pelawa aku dtg ke b'day party anak dia tapi sori aku tak dpt dtg psl esoknya aku kene deliver kek kawen.

kek asal sebelum final touch-up
sisi tepi dengan bintang2 harapan buat ian

happy birthday 2 my boy Ian
now 3rd on d move
b a gud boy
b a heathy boy!
b a such a wonderful boy!

Tempahan Imah , Kebun Bharu, Telok Panglima Garang.

tempahan ini dibuat oleh suami imah (customer mak aku) untuk sambutan harijadi anak mereka yang menginjak ke 4 tahun. toys ni atas permintaan ayah si kecil yang inginkan mickey mouse pada mulanya, tetapi sesampai jer kat kedai ingredients, toys sumer out of stock. nasib baik aku terjumpa 1 benda lain yang boleh dibuat ganti. yang aku rasa macam agak2 comey untuk si kecil naimah ni. sesampai kat umah, aku punya happy terus deco kek b'day ni dengan warna soft pink. hasilnya... mengagumkan aku. simple tapi menarik! toys ni boleh dimakan. diperbuat daripada aising.
sisi depan... dihiasi dengan deco ceri merah.

sisi atas... istimewa buat adik Naimah Nasuha.

Happy b'day gal!
4 years now
semoga menjadi anak yang solehah dan membesar sebagai anak yang pintar dan berilmu.




Kuih-Muih 2

hye~!


berikut adalah sambungan kuih-muih yang ada kat kantin sekolah mak mertua aku.. puding jagung
agar2 cermin

agar2 cincau
buah melaka
kuih bom (jemput2 pisang)

potato wedges

roti gulung sosej bersambal

karipap

tahu sumbat
pulut inti

lepat ubi

Friday, November 6, 2009

Jualan Terbuka 5

salam...
mintak maaf la yer, lama sungguh mengambil masa utk update blog ni... sementara cerita tak basi lagi, aku nak sharing lagi aktiviti marketing aku ni. untuk jualan terbuka kali ni, rasanya memang banyak sangat kelainan yang aku buat dan terjadi secara tak sengaja. tetiba2 aku disuntik ngan satu semangat baru yang dah lama aku tinggalkan. aku punya sense of creativity tu macam dah lama sgt terbiar berkarat dalam kepala aku ni. kadang2 sampai takleh nak fikir out of box. biarkan le benda tu goes as a flow. hai... otak ni kalo dalam 21 hari tak belajar benda baru, 1 sel akan mati tau. dah cyclenya gitu. agaknya takdir Allah gak kot, sebab selalunya aku mintak doa kat Allah supaya selalu mencintai pekerjaan aku, jgn sampai aku boring ngan apa yang aku survivekan selama ni. jangan sampai aku kufur nikmat yang Allah bagi walaupun aku ni memang tak dinafikan antara yang suka bersungut dengan apa yang aku hadapi sehari2. Eleh, koang pon sama gak kan... jangan ler tak ngaku... :P. berikut ni aku sharing lagi barang2 dagangan aku sepanjang aktiviti luar ni.
Enjoy!!
. Special item of the day.cuppies dalam box ni very limited. fast selling item gaklah on that day.
buat pertama kalinya sepanjang aku berniaga kat sini.. ni la 1st time aku pakai cuppies tower.
peoples so excited, sampai doang igt aku sajer2 je display. actually utk dijual yer... :)
aku teruja. sebab ni idea bernas dari aku utk buat kelainan pada jualan minggu tersebut.

minggu ni pon mmg bawak banyak cuppies LOVE2 jer... ntah, masa aku tgh buat cuppies ni aku rasa macam sedang ingin bercinta ngan laki aku.. ha, jangan tak tau, laris pulak tu... balik umah bawak bekas kosong jerk. alhamdullilah!

ni kire jual lelong... lambakan kek coklat. ala2 choc.fudge cake... tak manis sgt didalam sebab kat luar tu dah coklat pon.
cookies in small packet. macam2 ada...

roti memang sengaja tak bawak banyak. Prover aku buat hal la pulak.... cuma bawak stollen kacang merah, pandan kaya & kelapa. manakala garlic butter, cheese roll & butter roll dalam bentuk baby buns.

erm.... ni pon kelainan gak nih... aku tergerak nak buat roti sosej. mak aikhh...lembut giler. makan 1 memang tak kenyang,nak kene 2,3 keping gak lah! aku sempat buat sosej daun (ala2 pizza), sosej bunga (oregano, black pepper dan mayo)

ni kek coklat fudge yg aku jual 'loose' pd hari pertama meniaga.
En.Organizer bagi aku kat corner lak. best gak. tapiii... ada yg tak best, pasal makcik ujung tu jual bahan dapur basah, jadi banyak lalat masa time niaga aritu. malas nak cakap banyak2 pasal makcik tu pon bley tahan mulutnya.. takut aku.... aku suke duduk diam dalam 'gua' aku sendiri. buat hal sendiri. hati pon tak sakit kan...kan....

ini ler ghupernya hari pertama meniaga.... lengang lagi. maklum lah, tengah bulan.... hehe....
ok, sekian terima kasih.
T.A.M.A.T


I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails