hampir seusia dengan usia hidupku bersama dengan suamiku,
Ahmad Bohairi b. Mohd Najmuddin
Budak kat atas ni sepupu aku paling kecik dalam keluarga Hj. Sidek Redzwan + Hjh. Sahara Sirat yang lahir seminggu (agaknya kot, tak igt tarikh) selepas tarikh aku bertunang dengan suamiku dulu pada 3 May 2008. Dia wujud dalam family kami bersamaan dengan sepanjang aku mengikat kisah cinta aku dengan suamiku hingga ke saat ini, bermakna hampir 1 tahun 5 bulan. aku citer pasal budak ni sebab semalam masa gi kenduri Khirman, budak ni ikut sekali gi kenduri, makcik aku (cikjah) join aku n sistah g kenduri kawen. Bila terpandang budak kecik ni, aku tersenyum sendiri sebab, jarang sekali aku melihat dia membesar depan mata. Sejak aku berpindah ke rumah mertua, aku dah jarang sangat meluangkan masa di rumah nenek+atok untuk melayan my fav sepupu kecik aku nih. :(
i'm sorry my little darlings.....
(khas buat sepupu2 kecikku : AISH+nana)
Aish...(abang nana) Si budak comot yang nakal dan b'mulut becok. terharu aku dibuatnya bila budak sekecil 6 thn itu menzahirkan kata2 rindunya kat aku menerusi panggilan telefon. ni pon gara2 cikjah nak sampaikan tempahan kek khirman aritu. Si Aish ni menangis2 nak cakap ngan aku, tapi dihalang oleh maknya dengan mengatakan aku ni tak berapa sihat, tak boleh layan borak ngan dia. Dipujuk2 utk borak ngan tatak aku tapi dia taknak. akhirnya maknya mengalah dan call aku semula. bila borak ngan si aish ni macam aku tgh cakap ngan abang2 dia, langsung tak pelat. lancar betul percakapannya hinggakan aku rasa masa yang berlalu aku tak perasan. dalam tempoh aku mempunyai keluarga baru ini, ada saat2 yang aku telah tinggalkan tanpa aku sedari.. betapa adik2 aku ni sangat2 menghargai aku dan tak sedar yang mereka telah menginjak ke fasa yang di panggil 'pembesaran'.....