Punya lama tak meniaga kat luar, akhirnya dapat jugak tapak ni. arini meniaga tak keseorangan, aku bawak sorang askar tuk tolong aku sbb dah tak larat nk mengangkat berat2 nih. nasib baik ada Julie, kira dia ni bidan terjun untuk tolong aku aritu. alhamdullilah, rezeki tetap ada aritu walaupun terpaksa bersaing ngan akak kat sblh yang sama2 jual roti. untuk pelanggan2, terima kasih sebab menyokong aku dgn belian roti pd hari tersebut. mintak maaf banyak2 jugak kepada pelanggan chicken floss, aku dah tau dah apa yang tak kena ngan roti tu aritu. tepung roti memang ada masalah. aku telah menggunakan tepung tua yang rendah kualitinya. balik dr jualan, aku segera buang tepung2 yang ada untuk elakkan masalah berulang lagi. aku dengan rasa rendah hati, mohon maaf kiranya roti pd jualan tersebut tak mencapai kualiti yg sepatutnya. insya allah, mudah-mudahan aku akan lebih berhati2 pd masa akan datang. teruskan menyokong ye!
tq very much...