Kek mini 2 tiers ini tempahan makcik aku sempena b'daynya baru2 ini. kek yang aku deco bentuk juraian gelang tangan disekeliling kek ini buatkan makcik aku ketawa. Kek untuk si tokei gelang, so aku buat ala gelang dan rantai untuknya. tiada sebarang majlis, juz buat makan2 untuk minum petang bersama anak2nya. aku buat 2 perasa, pandan untuk lapisan atas dan lemon untuk lapisan bawah. bila kek dipotong, aku puas hati sebab gabungan warna hijau dan kuning memang cantik sekali. C.Khir pulak puji keknya sedap. Nenek pun sama tambah, kata keknya lembut. Ohooo ada secret recipe tu... they are totally enjoyed my fancy cake expecially sepupu kecik kitorang, nana. habis comot mukanya kene krim sampai aku cakap mukanya macam "joker" batman. hehe... di sebabkan aku pose aritu, takde la dapat aku merasanya..