semalam.... hari penat aku sbb keluar buat marketing. smlm mmg ada open table buat jualan biskut raya. kali ni open table ke2. walaupun tak dapat banyak, alhamdullilah utk rezeki yg masyuk. nasib baik member ni igt nak bagi tapak meniaga kat aku. mekaseh la farid... jasamu kukenang. then dia pon kata, kwn2 takde hal lah..! :)
igt nak upload gambo. tapi tah camne plak bley hlg dr hp aku nih. menjadi kepelikan kepada aku. partner yg bukak gerai kt sebelah aku smlm tu, buat jualan mesin urut kaki. kami bercerita pasal isu semasa yg melanda negara. bila tgk paper, byk berita psl peniaga yg berniaga pd bulan ramadhan ni. mmg la meniaga utk carik duit lebih, duit tambahan utk raya nnt tapinya bila dok pk2 balik, betapa ramainya peniaga lebih dr pembeli apa citer plak yer? sape nak membeli? terlalu byk persaingan, maklumlah meniaga setahun sekali. nak carik yg sedap punyalah payah.
tapi bab harga lak, berlumba2 nak letak yg tinggi. ada betul ka aku cakap ni? make it sense kan...
well, yang best customer la.. banyak pilihan. dr yg mahal hingga sehabis murah. dlm keadaan ekonomi sekarang ni, aku rasa ramai yg gemar memilih benda murah. sbg contoh, kuih aku la... aku jual thn rm18, kurang rm2 dr thn lps. thn lps rm20. thn lps punya citer lagi best, brg mmg mahal gila2 punya. tu pon ada yg mintak rm12 utk 50pcs. tolong la jgn compare biskot aku ngan yg kat pasaraya tu. yg terjual tu off course la produk kilang. rasa sumer sama, bentuk jer lain2. aku bukan apa, aku terpanggil utk membela nasib peniaga macam aku n kwn2 lain yg buat biz homemade ni. mmg la modal kami tinggi sebab beli brg pon menerusi org tengah (kedai ingredients). some more kalo rasa nak makan biskot sedap belilah yg homemade, selain dpt lebih..rasa pon boleh tahan. betul ke tak betul aku cakap ni? pk la sendiri....
apa2 pon thx kat customer aku yg tak banyak ragam, selalu repeat order n tak banyak songeh sbb mmg tahu produk aku mmg sah sedapnya. (biarlah org kata aku perasan, yelah sape lagi nak puji, nak buat iklan utk produk aku kalo tak aku sendiri kan...).
erh..banyak pulak aku mengoceh, yelah nak tunjuk gambo, terdelete la pulak... so, aku bercerita je lah... next time aku tambah lagi. aku nak pi packing tart aku ni. dah sejuk gaknyer kat dapur tuh... then siap2, ada family gathering nnt, nak buka pose sama2 kat tmpt spesel jap lagi. abah aku belanja... bagusnya!! ;)