The YCM's team

The YCM's team

Monday, June 21, 2010

Tempahan Faizah Nor, Kg. Sijangkang.



Faizah Nor, buat pertama kalinya aku terjumpa balik kawan lama masa kat sekolah menengah dulu masa buka puasa kat Grand Blue Wave, Shah Alam tahun lepas. surprisingly kitorang sebenarnya tinggal di kg. sijangkang jugak cuma tak pernah sekali pon terjumpa. Masa faizah call untuk buat tempahan,memang aku agak terkejut jugak lepas bertahun2 tak dengar suaranya lalu kitorang pon borak2 ringkas. Faizah berkenan dengan cupcake tools yang aku buatkan untuk opismate Piti lalu dimintakkan buat satu untuknya surprisekan hubbynya sempena hari bapa. pesannya mana2 yang ada warna hijau mintak ditukarkan menjadi warna merah sebab hubbynya tak suka warna hijau. prihatin betul faizah kat taste hubbynya ini. ;) inilah ciri2 isteri mithali.. Faizah sempat msg aku, dia dan hubbynya suka sangat cuppies yang aku buatkan itu, sweet n comel katanya dan dia dah booked untuk b'day anak perempuannya bulan julai nanti.
tq so much Faizah Nor!
Happy Father's Day untuk Faizah's hubby :)

Tempahan Bee, Port Klang.









Bee telah menempah Brownie Cheese Kukus dan Kek Butter Pandan yang masing2 beratnya 1 kg. Tergelak juga baca msg Bee, bila dia kata dia tergoda dengan brownie kukus yang ditempah oleh temanku Fazli bila dia tengok gambo2 tu kat blog ni. tapi memang tak dinafikan brownie kukus ni memang marvelous, tambah2 lagi bila dimakan sejuk. yummy!! :) mula2 bee order kek butter pandan yang plain aje, but last minute dia mintak hiaskan mengikut tema football 3D tempahan Siti Hajar Aishah untuk makan2 keluarga sempena hari bapa. ?Untuk itu, aku masih mengekalkan bunga2 di tepi padang. bee sempat msg aku lagi mengatakan lepas potong kek aje, player dan gol terus kena rembat dengan (err..bukan budak2 taw...) tapi yang tua2! haha... kalo dah kemaruk dengan world cup, inilah jadinya.... :)
selamat menyambut hari bapa kepada semua ahli keluarga bee yang bergelar bapa...
terima kasih bee :)

Tempahan K.Atie, Putrajaya

set goodie bag
goodie bag yang dah siap


jenis2 roti manis:
cheese roll 30 pcs
butter roll 30 pcs
kacang merah 20 pcs
pandan 20 pcs
kelapa 20 pcs
lolly fancy cookies:
Pink
putih
kuning terang
kuning lembut
biru
purple

K.atie (cousin hubby) telah menempah sebanyak 120 pcs goodie bag sebagai buah tangan untuk bowling match pada ahad lepas. goodie bag yang berisi roti, air kotak & lolly fancy cookies teddy bear ini adalah untuk kakitangan pejabat untuk 3 department yang terlibat pada hari itu. memang mencabar fizikal dan mental aku masa nak menyiapkan tempahan ini, sebab pada masa yang sama terpaksa menyiapkan order yang lain jugak. syukur alhamdullilah, semuanya sukses dan aku puas hati sebab dapat menyediakan roti dan cookies fresh untuk kawan2 k.atie. semoga mereka semua dapat makan yang terbaik hasil buatan aku ini. tengah malam tu, k.atie dan temannya k.radhi dtg ke bengkel aku untuk pick up kesemua goodie bag yang ada.
trimas k.atie. :)

Thursday, June 17, 2010


Tempahan opismate piti (hubby's cousin) sempena Father's Day. Masa tengok attachement piti melalui email aku sangkakan 'kacang' jer kerja2 buat tools ni, sekali masa nak buat tangga tu rasa macam nak menangis bila berkali2 buat asik tak menjadi. rupanya tak ler semudah yang kusangkakan. huhu.. padan muke aku... :p tapi the sweet things bila tengok kesemua tools sukses, rasa gumbira tak terkata tambahan lagi bila aku tertau sendiri nak dapatkan method warna 'besi2' untuk kesemua tools di atas. yabeda bedoooo... 1 more self archivement. hihi. (me'reward diri sendiri) harapnya kawan piti puas ati dengan hasil keje aku ni setelah bersusah payah membentuk tools yang ada untuk sambutan Hari Bapa untuk hubbynya nanti.. thx ya lot! untuk piti, 3 ketul cup cake as per request.... ;)


Tuesday, June 15, 2010

Roti cicah kari




teringin nak makan roti cicah kari, so aku try 1 resepi roti yg dah lama aku tak buat untuk makan2 bersama keluarga di hujung minggu... sedap la pulak.... :)

Sunday, June 13, 2010

Tempahan Siti Hajar Aishah, Taman Desawira




selamat hari lahir akmal, anis, sofia & sabrina..

Choc moist cake soccer theme ini telah ditempah oleh Siti untuk sambutan harijadi anak2 buahnya. pada mulanya aku ingatkan dia menempah untuk diri sendiri, sebab dia mintak susun player arsenal sebelah kiri manakala M.U. pulak sebelah kanan. disebabkan toys ni memang standard set player pakai jersi warna biru n merah so aku susun dorang ni 1 side jer. aku letakkan bunga2 kat tepi padang tu untuk nampak girlie2 sikit. but then thru msg, dia kata nak letak wording. dari situlah aku tau dia nak surprisekan anak2 buahnya ni. ok jugaklah, kek pon nampak comel sesuai untuk budak2 & aunty jue wish happy birthday untuk b'day boy n galz. semoga membesar dengan sihat dan ceria hendaknya.
for siti thx so much !! :) harap puas ati makan keknya yer.....

Tempahan Fazli, Banting.

Fazli (my regular wedding cake customer) telah menempah 1 kg brownie cheese (as usual mesti aku bg lebih punya) dan choc muffin sebanyak 100 pcs untuk sambutan 3 event serentak iaitu majlis cukur jambul anak saudaranya, anniversary manja+hubby dan harijadi pada hari khamis malam jumaat lalu. brownie cheese ni merupakan brownie kukus kegemaran fazli sekeluarga. kerap juga dia menempah brownie ni terutamanya pd hari raya. tq fazli 4 ur order.. :) may Allah bless u+family.


Saturday, June 12, 2010

Tempahan Cikgu Hami, SK Kebun Bharu

Cikgu hami (kawan anusya) telah menempah sebanyak 100 pcs choc.muffin pada hari khamis lepas dan dihantar terus ke Jalan Melati, Kg. Sijangkang atas permintaanku kerana keesokan harinya aku dan keluarga mertua akan bertolak ke kelantan. thx so much cikgu hami diatas ordernya ini! :) kalo sedap order lagi yer...

Monday, June 7, 2010

Tempahan Zamri, Jenjarom.

Kek 'wonderland' biru+pink tempahan zamri membuatkan aku sangat2 teruja untuk mendeconya, ni 1st time buat kek kawen yg bertema katun ni. walaupun aku sangat2 susah ati time nak start tu sebab sehari sebelumnya aku buat choc.mickey n minnie nampak macam tak menjadi, berkali2 aku ulang semula sampai akhirnya menjadi jugak dalam percubaan yang tah keberapa kali pon aku tak ingat. mmg aku enjoy buat kek ni, sebab pengantinnya pon ala2 katun gitu. hehe. dia sendiri mencadangkan tema mickey mouse. so dengan sedikit study aku add in sket penggayaan aku lalu jadilah kek yang super grand ini. alhamdullilah, masa kek ni siap di deco, org2 dlm rumah ni semuanya suka dan aku terus capai handphoneku terus call zam mintak izin display 3 cake sekali. mengikut permintaan asal, zam nak kek paling bawah utk potong siang, manakala 2 tingkat lagi (kek atas+kek tengah) potong malam untuk pesta muda-mudi (chewah! ada joget lambak la pulak ;) bestnya..). since dia kata no problem, esoknya aku dan hubbyku bawak extra cake stand yang untuk 2 tingkat punya yang akan dipakai pada malamnya. aku suka pamper pengantin dengan tools yang betul sebab aku nakkan shoot pengantin cantik dengan kek yang aku buat ni. thx so much zam. i really do appreciate with ur order.
untuk pengantin baru..
Happy Wedding 2 Zam & Ani
May Allah bless both of U guyz.. :)

ulat gonggok yang colorful me'nyuruk' kat tepi kek..

minnie mouse @ 2nd tier
mickey mouse at 1st tier

3-tiers wonderland cake yang di idamkan zamri.

tak mahu ketinggalan dengan kek bersejarah ini. :)
lucu gak tengok gambo ni, kek ni nampak kecik betul bila aku berdiri kat sblhnya..
iskk..isk... :p
p/s : juz sharing sms pengantin.
'sis..thank's kek..nice la kak. hehehe.boleh la org tlg promote2 nanti'

Sunday, June 6, 2010

Sajer nak interframekan bakat.. :)








haha..nak jugak interprame kat sini.. kek ni bukan tempahan aku tapi setelah dimintak untuk membantu, aku menyumbangkan jugak tenaga dan design untuk menyiapkan tempahan kek kawen adik iparku ini. Kek bunga merah tu kek aniversary yang mana wording dan bunga aku yang buatkan. manakala kek bunga biru tu aku tolong buatkan bunganya dan susun sekali atas kek. yelah, ni 1st time dia buat kek kawen, kenelah buat cantik2 sket, nanti kalo ada yang berkenan semestinya ada order lepas ni... ala2 dah macam bukak kelas la ni cuma tak berupah jer... :) tapi kalo ikhlas membantu semestinya Allah ada hadiah untuk aku... ;)

Friday, June 4, 2010

Tempahan Syirin, Kebun Bharu.



Baru aritu order, dah ada order lagi 1 dari yin. yin memang rajin amek tempahan cuppies hantaran untuk kawan2 dia ni. kali ni, secara tak sengaja. kwn dia ternampak cupies yg dia baru order baru2 ni, so dia berkenan la dengan patternnya, maka dia pon menempah yang serupa untuk majlis pertunangannya. Sama tema gak.. pink + white. kali ni memang aku puas ati sangat2, warna yg aku gayakan arini nampak menarik pulak kat mata aku.. so, aku sgt berpuas ati dengan prestasi kerja aku airini.. syabas kepada diriku.. :)


Thursday, June 3, 2010

Tempahan K.eton, Bt. 7, Kg. Sijangkang.







Choc.moist cake 2 bijik ni ditempah oleh K.eton (kenalan mertuaku) petang semalam, siap buat full payment lagi untuk majlis berkhatan anak lelaki dan 2 orang anak jirannya yang akan berkhatan bersama2. Disebabkan kek ni untuk boy yang nak bersunat, so aku letakkan spiderman toys kat atas kek masing2. semoga mereka tak gentar menghadapi saat2 'potong' dijalankan.. hehe.... ;)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails